Cuaca mendung hari ini, semendung hati saya.
Entahlah.. kebelakangan ini saya tidak gembira. Sensitif tak pasal2, asyik memikirkan perkara merunsingkan diri sendiri. Malam pun saya sukar tido kerana hati saya resah. Kecil hati saya bila dituduh sengaja enggan tido. Mungkin kerana difikirnya saya menagih perhatian. Dia tidak tahu sudah hampir dua minggu saya sukar tido, hanya boleh lena sesudah subuh. Tapi tidak saya mengadu atau kata apa2.
Kemana semangat saya hilang? Saya ingin tersenyum dari hati seperti dulu. Saya penat asyik begini. Tak mengapalah.. akan saya cari kekuatan untuk tersenyum itu perlahan-lahan. Hidup ini terlalu indah untuk dikeluh kesahkan.
Saturday, 24 December 2011
Monday, 12 December 2011
Mencari keyakinan
Terkadang saya bertanya pada diri,
adakah saya ini terlalu mencemburui..
hati yang penuh sangsi..
sukar mempercayai..
ataukah kecemburuan dan kesangsian ini,
sebenarnya detikan naluri seorang isteri..
sungguh saya keliru,
saya ingin yakin, mempercayai,
tetapi kenapa seringkali saya dihimpit sangsi,
hati.. kenapa sukar benar?

Ulangtahun
Diam tak diam ulangtahun perkahwinan kami semakin hampir. Perancangan istimewa? Hemphhh.. saya masih memerah idea. Sebenarnya kami jarang beria2 menyambut hari2 istimewa kami. Baik ulangtahun kelahiran, perkahwinan mahupun tarikh2 istimewa lain. Selalunya kami sekadar meraikan dengan makan2 sesama kami sahaja. Hadiah pun jarang nak bagi. Bukan kerana tidak menghargai tapi mungkin kerana bagi kami bersederhana itu sudah cukup. Yang penting masing2 ingat. Jangan lupa sudah.
p/s : hemphhh.. saya pasti dia masih belum teringat perihal ulangtahun kami ini. tak kata apa2 pun. ini kira peringatan ye suami.

Wednesday, 7 December 2011
For a better me
Sedang cuba memotivasikan diri agar lebih positif.
Sedang cuba memupuk semangat agar lebih kuat.
Sedang cuba melatih hati agar sentiasa tersenyum.
Sedang memberitahu diri bahawa saya pasti mampu.
Senyum :)

Friday, 11 November 2011
entry buat kekasih hati
Bila bersama, ada saja yang tidak kena. Berselisih, merajuk.. itu perkara biasa. Menuntut waktu dan perhatian tanpa sempadan.
Bila berjauhan, terasa kekurangan. Terasa ada ruang kosong yang tidak lengkap. Mula merindu.. rindu untuk berbicara, rindu berpegangan tangan, rindu tidur berteman, malah rindu bertikam lidah. Mudahnya.. rindu dengan kehadirannya.
Abang,
Bagaimana hendak diluahkan cinta ini? Di sebalik rungutan, tidak kepuasan hati, bebelan, rajukan, tidak sesekali dikesali pertemuan dan jodoh ini. Abang yang terbaik buat sayang. Hidup ini terasa lengkap kerana ada abang. Maaf kerana menuntut perhatian yang terlalu banyak dari abang. Tidak mampu diluahkan dengan kata2, maka sayang menulis disini. Terima kasih untuk kasih sayang abang, pengorbanan abang, kesabaran abang, waktu dan perhatian abang.
Terima kasih kerana memilih sayang, biarpun tiada yang istimewa pada sayang.

rindu kamu
Diikutkan hati, terasa tak mampu lagi. Tapi dikuatkan juga.
Mengharap, biarpun tidak pasti.
Kerana masa yang berlalu terasa lambat tanpa harapan.
My one piece, return safely to me.

Wednesday, 9 November 2011
Pujukan buat diri
Kalaulah saya ini anak kecil, pasti saya sudah merengek-rengek. Mengadu domba dengan suami. Tapi kasihan juga dengan dia. Tahu dia pun serba salah. Lalu saya pun berpura-pura tidak kisah. Walaupun sebenarnya sangatlah kisah :)
Tak mengapalah. Bersabarlah. Pasti ada manis dihujungnya nanti :)

Thursday, 3 November 2011
Hati.. tersenyumlah
Dua tiga hari ni memang angin saya tidak baik. Nak menulis pun tiada mood. Jadi saya memilih untuk berdiam, bimbang jika diturutkan rasa hati banyak pula luahan hati yang tidak patut disuarakan terluah. Maklum, hati dikala gelisah memang rasa nak meluahkan segala.
Hari ini, dengan izin-NYA saya harap lebih baik. Cuba mencari titik positif yang semoga dapat menjadi kekuatan untuk melihat hari ini dengan hati yang lebih gembira.

Saturday, 29 October 2011
sungguh saya terluka
Saya berkecil hati. Saya tidak diberitahu semata2 kerana dia tahu saya tidak bersetuju. Kerana saya tidak menyokong. Kerana saya akan bising2 memberikan pelbagai alasan tidak membenarkan. Benar, saya akui. Saya memang 'mulut bising'. Tetapi saya fikirkan dari sudut pandangan orang lain. Saya tidak mahu dia berkecil hati dengan kata2 orang di kemudian hari. Saya cuba melindunginya. Saya disisihkan hanya kerana saya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Mungkin kerana itu dia merasa saya tidak memahaminya. Jadi lebih baik saya 'dikeluarkan'.
Selama ini saya selalu merasa saya tidak disukai. Tetapi biarlah.. mereka orang luar. Tetapi hari ini saya diketepikan keluarga sendiri. Jadi mungkin benar saya ini hanyalah melukut di tepi gantang. Mungkin juga benar saya ini tidak baik untuk sesiapa.. bilamana keluarga sendiri sanggup merahsiakan dari saya.
Siapa lagi yang saya ada?

Thursday, 27 October 2011
Mengimbas kembali
Meluangkan sedikit masa membaca semula entry2 lama di dalam blog saya ini, saya berasa.. hemphhh.. tak tahulah nak terangkan :) tapi yang pasti saya suka membaca kembali tulisan2 saya di dalam blog ini. Kerana saya dapat menulis dengan bebas, tidak terbeban. Ayat2 saya mudah dan saya dapat merasai kembali perasaan saya ketika menulis entry2 itu.
Kadang kala ada baiknya kita sekadar menulis perkara yang baik2 sahaja kan? (Biarpun ada juga terselit luahan tidak puas hati saya.hehe) Mengingati yang baik2 sahaja.
Hemphhh.. rindu pula nak menikmati sarapan yang gembira.

Wednesday, 26 October 2011
Hari ini yang biasa-biasa saja
Bosannya saya hari ini. Ditambah dengan malas yang melampau ni buat hari ini rasa biasa sahaja. Tapi malas-malas pun saya hari ini berjaya juga mengemas ruang tamu, mengelap lantai dan mencuci bilik air.
Diam tak diam entry saya sudah melebihi 60. Rajin juga saya menulis di sini rupanya. Walaupun jarang tapi tidaklah sehingga terabai langsung.
Hemphhh.. hilang pula idea nak menulis apa. Nantilah.. bila ada ilham saya tulis lagi :)

Sunday, 16 October 2011
Saya teringin benar.. tapi saya tahu
Saya teringin benar mengajak dia berjalan2 tanpa tujuan, sekadar meluangkan masa bersama, mengulang 'date' kami seperti zaman bercinta dulu.. tapi saya tahu dia teringin benar menghabiskan masa sekadar berehat2 di rumah.
Saya teringin benar menghabiskan malam kami sekadar berbual2 kosong, bercerita kisah2 lucu, berkongsi gossip2 ringan sambil berpegangan tangan.. tapi saya tahu dia perlu berehat kerana dia bekerja esoknya.
Saya teringin benar menikmati hari2 lapang bersamanya.. tapi saya tahu tanggungjawapnya pada kerja.
Biarpun begitu saya tahu dia telah berusaha sedaya upayanya menggembirakan saya. Membawa kami sekeluarga keluar berjalan2 walaupun dia baru pulang dari kerja pada petangnya, melayan omelan saya sambil menahan mata sehingga tersengguk2 dan terlena dek kerana letih dan mengantuk.
Ah, jangan sangka saya tidak nampak apa yang telah dia lakukan untuk saya. Saya menyedarinya lebih dari yang disangka. Dan saya sangat2 menghargainya. Terima kasih, suami.

Saturday, 15 October 2011
saya rindu dia
Cuaca cerah hari ini. Matahari terik. Seronok melihat pakaian yang dicuci kering dek panas matahari. Tapi suami bekerja hari ini. Kalau tidak boleh juga mengajak dia berjalan2. Sejak kebelakangan ini memang saya teringin betul bercuti2 sekeluarga. Bukannya apa, jadual kerja suami yang tidak menentu kadang kala membuatkan kami terasa seperti jarang dapat meluangkan masa bersama. Lebih2 lagi bila dia perlu bekerja di hujung minggu. Terasa sudah lama betul tidak merasai perasaan lega, "ah, esok dia tidak kerja". Seperti terasa setiap hari dia perlu bekerja kerana setiap hari ketika dia pulang, malah ketika hujung minggu apabila mengingati esoknya pasti saya akan tersedar, "ah, esok dia kerja".
Saya merindui detik kami berjalan berpimpinan tangan menikmati kehadiran satu sama lain dengan ditemani anak2 tanpa perlu risau atau fikir yang dia perlu kerja esoknya.

Monday, 3 October 2011
Wednesday, 28 September 2011
bila rutin itu berulang lagi
Tak seronoknye bila ingat minggu depan. Tapi takpe lah.. itu pengorbanan namanya. Amboii.. pengorbanan ye. Tidaklah sehebat itu sebenarnya, sekadar rutin yang menuntut kefahaman dan kesabaran. Itu sahaja.
Saya perlukan perancangan. Nak buat apa ye?

Saturday, 24 September 2011
ingin mencari hobi barulah
Saya memang cepat bosan kalau dia tak ada. Kalau dia ada pun dia akan selalu bawa kami anak beranak keluar berjalan2. Kadang kala malam2 sekadar keluar tanpa niat nak ke mana2. Inikan pula dia tak ada berhari2 berminggu2. Lagilah tahap kebosanan saya bertambah tinggi. Jadi serasanya saya perlukan hobi baru. Hobi apa ye yang berbaloi (tak habiskan duit dan boleh jimat)?
-saya tak ada idea nak menulis sebenarnya ni. sekadar ingin mengemaskini blog :) itu yang menulis ikut suka je ni

Tuesday, 20 September 2011
Baru nak bercerita kisah raya
Aduhla.. makin lama makin sunyi blog saya ini. Mungkin kerana dua tiga minggu ini perhatian saya lebih kepada berhari raya maka terabailah sedikit rahsia hati saya ini.
Sebenarnya beberapa hari sebelum raya saya sudah tidak online kerana pulang bercuti raya di kampung halaman. Sakan berhari raya, langsung tak teringat nak berblog. Bila habis cuti, dia pula sibuk kerja. Maklumlah dah bercuti sakan, kenalah 'cover' balik kerja kan :) Dan perlahan-lahan rutin kami mula kembali ke asal. Lantas.. nah saya kembali ke sini.
Sedikit luahan hati saya sepanjang raya ini :
~saya gembira bila dia bercuti. kerana kami dapat meluangkan masa bersama2 tanpa perlu risau hal2 berkenaan kerja.
~seronoknya kali ini dapat sambut hari raya di kampung, berkumpul beramai2 adik beradik semua. Meriah. Apalagi.. kami sibuk mengemaskini cerita masing2.. bergosiplah.hehe.
~sibuk ke sana sini beraya di rumah saudara mara, terasa macam tak cukup masa.
~kuih raya saya tak berapa menjadi kali ni. Sedih tau. Buat pun dua jenis je. Dia pun macam tak bagi sokongan je bila saya nak buat kuih.
~puas hati dapat makan sedap2.. mak masak. hehe

Saturday, 10 September 2011
that dark side of me
Saya adalah seorang yang keras kepala. Mudah tersinggung. Cepat merajuk. Susah dipujuk. And lately (the lately refers to the last 5 years) I found out that I am a darn selfish woman.
Oh I do know my negative side. And I wish hard that I could gain control over them. I know his patience has wearing thin. I can see it. And I am afraid that one day he just couldn't take it anymore.
And when that time come, I have no one to blame but myself.

Thursday, 25 August 2011
days
Days, when you are not aware of it, it seems to fly.
I've been ignoring the days lately. I just let the days passed without acknowledging what days it is and suddenly it's Thursday. Soon, we are going back to our hometown to celebrate Aidilfitri. InsyaALLAH. I've started to take note of days and you know what, the flying days suddenly slowing down and crawl instead.
I've should just continue ignoring the days (too late!)

Sunday, 21 August 2011
Where is she?
I miss that girl,
That used to see the world,
through the smiling eyes,
I miss that girl,
that the spirit roaring free,
laugh easily,
joke nonsensely,
walks the days happily,
I miss that girl,
that feel the warm sunshine in her heart,
that believe the tender wind is dancing around,
that hear the musical singing of the rain's sound,
Where had she been?
Cause now there is only a woman,
that worries had eaten all her merriness,
scares has had her cornered,
foverer feeling insecured.
Did years had done her bad?

Wednesday, 17 August 2011
Persiapan Aidilfitri kali ini
Lama betul saya tidak membuka blog ini, hinggakan hampir terlupa password. Itulah.. hendak dikatakan sibuk, tidaklah sesibuk mana pun. Entah kenapa semenjak Ramadhan ini mood saya untuk menulis blog agak kurang. Mungkin kerana lebih menumpukan perhatian pada urusan rumah sehari2.
Seminggu lebih lagi sebelum Syawal tiba. Persiapan Aidilfitri kami sedang2 aje. Tidak mahu membazir. Malah saya tidak langsung membeli hatta sehelai bajupun untuk diri saya. Kerana tidak perlu. Kuih raya pun baru buat sejenis. Bersederhana sahaja sambutan kami.

Thursday, 28 July 2011
bila luahan hati tidak lagi peribadi
Menjengah blog2 orang sana sini, tertempias saya dengan berita yang dikongsi. Kebetulan, banyak pula bercerita berkenaan kisah berantakannya hubungan penjaga gol kebangsaan dan tunang. Saya tidak mahu komen banyak tentang itu, cuma saya berdoa semoga mereka dapat berbincang dan lebih memahami satu sama lain.
Di dalam Islam, pertunangan harus dirahsiakan dan perkahwinan hendaklah dihebahkan. Cabaran pertunangan bukan sedikit. Kata orang, darah manis. Bila berkahwin, hebah2kanlah. Mengelakkan fitnah.
Oh bukan itu yang saya ingin bebelkan (^_^) Apa yang ingin saya katakan adalah sikap kami (perempuan) yang gemar menggunakan medium seperti blog dan facebook untuk meluahkan rasa hati. Saya tidak terkecuali. Walaupun sebenarnya saya benar2 berusaha mengelakkan diri dari berbuat demikian. Kerana itulah lahirnya blog ini. Kerana saya ingin meluahkan rasa hati tanpa dinilai, tanpa membuka aib sesiapa. Pun begitu tetap juga saya berusaha tidak terlalu banyak meluahkan rasa hati yang marah atau sedih di sini. Cuma apabila saya benar2 tidak tahan saja.
Kerana itu juga saya berusaha menitipkan cerita2 gembira kami di sini. Sebagai kenangan manis. Kerana suatu hubungan itu bukan hanya ada tawa dan duka, ada perselisihan, ada pemahaman tetapi juga banyak kasih sayang.

Tuesday, 26 July 2011
Penantian
Menanti.
Menunggu.
Itu saja yang kami mampu.
Menunggu.
Itu saja yang kami mampu.
Friday, 22 July 2011
titik hitam di hati
Sampainya hati dia.
Terasa benar saya. Kami ini siapa?
Saya tidak memahamikah atau dia yang tidak memikirkan tentang kami?
Sakitnya hati saya. Terasa ingin menjerit sekuat2nya.
Kenapa? Kenapa?

Tuesday, 19 July 2011
needing him
I think a lot of nonsense. My bad. Now I need my beloved to comfort me. Darn.
Sunday, 17 July 2011
Kuih raya
Puasa masih jauh tapi saya sudah berkira2 mengenai kuih raya. Hehe. Bukannya apa.. tahun ini insyaALLAH kami ada peluang beraya di kampung halaman, jadi terasa lebih bersemangat. Tahun lepas kami pulang selepas hari raya, jadi balik sehelai sepinggang saja. Tak bawa balik kuih raya pun. Tahun ini saya nak merancang hendak buat sejenis dua kuih raya dan tempah beberapa jenis dari kawan2 untuk bawa balik kampung mentua. Sebenarnya saya rasa bersalah pada mentua sbb tahun lepas balik tak bawa apa2.
Masih memikirkan kuih apa yang hendak dibuat. Hemphhhh... kena cari idea nih..

Wednesday, 13 July 2011
Sekadar menyinggah
Sudah pertengahan July. Saya semakin jarang menulis di sini. Tidak berkesempatan dan terkadang tidak ada mood.
Hari ini juga sama. Mungkin akan agak sibuk. Ada perancangan untuk ke sana sini hari ini. Semoga semuanya berjalan lancar.

Wednesday, 6 July 2011
Cepat balik
Berharap dia cepat pulang. Tapi kalau dia pulang awal maknanya masalah di tempat kerjanya masih belum selesai. Dan dia takkan senang hati. Maka, bertahan sahajalah kami ini menjadi penanti yang setia. Inilah pengorbanan keluarga. (cewahhh).
Err.. minta2 bos dia rasa sume dah ok jadi ajak balik awal. hehehe. aci tak?

Tuesday, 5 July 2011
love is in the air
Thinking about him make me smile.
Miss our moments together. The two of us.
Spending time together, walking nowhere, holding hand, nonsense chatters..
Those little things..
It may seems like nothing, but the truth is
they are everything..
like flowers that bloom in our garden of love
colourful and sweet..

Wednesday, 29 June 2011
Berkongsi cerita
Semalam saya menjengah blog2 orang sambil ditemani dia. Saya memang selalu menjadi 'silent reader' sesetengah blog tu. Membaca salah satu blog yang kerap saya kunjungi, suami memberi komen..
"jutawan agaknya suami dia (mrs A)"
Memang saya akui, Mrs A memang selalu bercerita tentang rutin sehari2 hidupnya dan jelas dia tergolong dalam golongan yg agak berada. Ah jangan salah faham. Mrs A tidak pernah riak dengan apa yang dia ada. Dia sekadar berkongsi kisah hidupnya sehari2. Dan saya suka membaca apa yang ditulisnya, menumpang seronok dengan keselesaan hidupnya.
Entah kenapa, saya suka membaca blog yang bercerita tentang hidup masing2 hinggakan suami hairan dengan tabiat saya. Saya seronok membaca kebahagiaan orang lain. Dan saya tidak pernah cemburu. Kerana hidup saya juga lengkap. Biar tidak semewah mana, tidak juga saya kurang apa2.
Dia melengkapkan hidup saya.

Monday, 27 June 2011
Mimpi
Semalam saya bermimpi. Mimpi yang membuatkan saya menilai semula di mana letaknya hati saya.
Dan itu membuatkan saya menginginkan dia di sisi saya. Rindu ingin berbual2 dengannya. Ingin memberitahunya betapa dia melengkapkan hidup saya. Ah saya ini. Dia bukannya ke mana pun. Sekadar pergi bekerja. Petang nanti insyaALLAH pulang.
Itulah manisnya bercinta selepas berumahtangga. Bebas meluahkan cinta tanpa batasan.

Tuesday, 21 June 2011
Berehat sebentar (tanpa kit kat.hehe)
Agak letih. Mengemas sedari tadi. Malah turut mengelap lantai (mengelap ye bukan mop). Maka sedang mengambil kesempatan melepaskan lelah.. sambil online (^_^).
Baru sebentar tadi dia menelefon, memberitahu tidak perlu masak petang ini. Agak lega walaupun saya sebenarnya sudah pun menyediakan bahan2 untuk memasak. Cadangya hendak memasak selepas berehat ini. Tetapi dia juga turut menyelitkan berita kurang gembira.
Alahai.. nampaknya tidak dapatlah saya berjumpa teman lama yg bakal berkunjung hujung minggu ini. Sungguh tiada rezeki.

Saturday, 18 June 2011
Saya hari ini
Ari ni cuaca cantik betul, tapi saya tak berapa seronok. Dada asyik berdebar2.. kadang2 rasa macam tak boleh bernafas pun iye. Mula la pikir bukan2. Hehe.
Tapi mungkin sebab saya minum banyak sangat teh pagi tadi. Dah tahu saya sorang je yg akan minum teh tu, tetap juga saya buat hampir satu jug. Haa.. lepas tu dok rasa melayang2 je ni. Rasa nak pitam pun ada. Angin la tu.
Rasa macam nak berlari2 ke buat senaman ke supaya angin ni hilang :)

Thursday, 16 June 2011
Blog yang menyimpan kenangan
Saya gemar menulis, meluahkan rasa hati. Dahulu saya memilih untuk menulis diari, kini saya membuat diari alam maya pula. Diam tak diam saya ada 4 blog (iye cik abg.. ada 4) termasuk 1 blog rahsia yg hanya saya seorang yang tahu (jgn marah ye cik abg).
Blog tu pun dah lama terbiar. Sebabnya saya lupa password. Nak buat password baru, email untuk blog itu pun saya dah lupa passwordnya (sungguh saya ini pelupa). Entry saya yang terakhir tahun 2007, itu pun sekadar 1 entry.
Lama saya tak jengah blog tu. Hari ini entah macamana boleh pula saya teringat nak menjengah ke situ. Membaca balik apa yang saya tulis, terlintas betapa baiknya bahasa inggeris saya dahulu berbanding sekarang. Blog itu sebenarnya hampir 90% ditulis dalam bahasa inggeris. Saya bukan mengagung2kan bahasa inggeris tetapi entah kenapa bila saya emosi, saya lebih pantas mengarang ayat dalam bahasa inggeris. Mungkin kerana saya berasa bahasa melayu lebih sopan dan indah, jadi tidak sesuai untuk emosi saya yg gila2 (^_^)
Mungkin kerana tahu blog itu tidak akan dibaca oleh sesiapa yang mengenali saya, saya berasa bebas meluahkan perasaan saya di situ. Cara penulisan saya juga lebih bebas. Mungkin kerana itu saya boleh mengarang dengan lebih baik di situ. Dan sejujurnya, di situlah saya meluahkan perasaan sebenar saya. Kecuali untuk 1 entry (saya dengan bengongnya telah menokok tambah ayat yang tidak melambangkan perasaan saya semata2 untuk kedengaran lebih dramatik).
Buat suami - di situlah sebenarnya saya meluahkan perasaan ketika awal pertemuan kita dahulu. Segala kekeliruan.. ketidakpastian.. harapan.. dan penerimaan. Blog itu akan saya simpan sebagai diari yang menyimpan kenangan awal kisah kita dulu.

Monday, 13 June 2011
Hujung minggu kami yang santai
Saya seronok hujung minggu yg lalu. Dia ada di rumah. A treat that rarely we could enjoy. Kami tidak merancang berjalan ke mana2, sekadar duduk di rumah sahaja. Tetapi kebetulan seorang sahabat lama berkunjung, jadi kami menghabiskan sehari bertemunya. Dan hari selebihnya, kami sekadar di rumah di mana dia meringankan tulang mengemas bilik. Terima kasih wahai suami.
Saya? Berperang di dapur :)
Saya? Berperang di dapur :)
Tuesday, 7 June 2011
C.i.n.t.a
Buat masa ni, saya sedang senang hati (^_^). Bukan kerana ada berita gembira, bukan kerana hajat tercapai tapi sekadar senang hati.
Saya gembira melihat teman2 yg bahagia. Melihat mereka yang sedang dilanda cinta, ah bahagianya. Membaca blog2 bakal pengantin, jelas mereka sedang melalui fasa yang indah.
Cinta itu membahagiakan.. seharusnya begitu kan? ;)

Saturday, 4 June 2011
Saya suka di sini
Saya suka menulis di blog saya yg satu ini. Mungkin kerana bila menulis di sini saya tiada tekanan. Tiada sesiapa yang akan menilai saya di sini. Saya suka menulis dengan ayat yang ringkas begini, terasa lebih seperti saya. Sederhana.
Luahan hati saya jadi lebih telus, mungkin kerana saya tahu tiada sesiapa yang membacanya. Dan sekiranya ada, mereka tidak mengenali saya. Saya selesa begini.

Thursday, 2 June 2011
Harapan
7.39 pg : Tunggu berita dr dia. Mode : Saya berharap. Tapi macam xde harapan je...
11.50 pg : Terima berita. Harapan tinggal harapan. Mode : Saya tak kisah. Hemmpphh.. mungkin kerana saya sudah menduga.
*sedang cuba merencana aktiviti santai buat melepas tekanan. hemphh.. apa ye?

Wednesday, 1 June 2011
Hari Isnin kami
Tanpa sedar lama saya membiarkan blog ini sepi. Agak sibuk dengan rutin harian sehingga terlupa blog saya yg satu ini.
Kelmarin dan semalam dia bercuti. Gembira rasa hati. Seronok dia ada di rumah. Pagi Isnin, saya mengajak dia bersarapan di luar. Sanggup mengejutkan anak2 bangun awal semata2 nak pergi bersarapan di satu tempat itu. Lepas bersarapan, dia membuka pelawaan.. hendak ke mana? Ah.. saya ini pantang ditanya, laju saja menjawap.. hendak ke bandar. Mencari kedai menjual peralatan perkahwinan. Puas memusing, tidak jumpa kedai yang dicari. Butik perkahwinan banyak, tapi kedai yang menjual peralatan perkahwinan seperti di Nilai, tiada. Kecewa.
Tidak berjumpa benda yang dicari, kami pulang. Sempat menyinggah tempat kerja dia mengambil barang.
Walaupun sekadar jalan2 tanpa tujuan, saya gembira. (^_^)

Wednesday, 25 May 2011
kenapa malas benar?
Seharusnya sekarang saya menyediakan makan tengahari tapi terasa letih pula. Entahlah.. sehari dua ini memang mood hendak memasak agak tiada. Tapi saya kuatkan semangat demi dia dan anak2. Takkanlah sebab saya malas memasak keluarga saya kelaparan.
Oklah. Saya hendak memasak :)
Entry yg lalu menimbulkan kontroversi.. lalu biarlah saya simpan ia kembali.

Thursday, 19 May 2011
membeli belah
Semalam keluar membeli barang2 dapur. Walaupun kesian kat dia yg masih tak hilang penat tapi terpaksa juga saya ajak keluar sebab barang2 nak masak dah habis langsung.
Seronok tengok anak2 masa keluar semalam. Sakan berjalan ke sana sini. Walaupun habis membeli belah awal, tetap juga sampai rumah lewat. Semuanya gara2 saya yang terasa lapar selepas membeli barang. Sudahnya simpan barang belian dalam kereta dan sambung berjalan. Mau tak sampai rumah lewat :)

Tuesday, 17 May 2011
sekadar mengemaskini
Tak terasa yang hari ini cuti hari Wesak. Sebabnya dia kerja hari ini. Jadi seperti biasa, saya di rumah dengan anak2.
Sibuk sepanjang hari, baru inilah berkesempatan untuk meluangkan masa melayari internet. Berehat sebentar sebelum menyambung 'tugasan' sebentar lagi.
Saya tiada apa yang ingin diluahkan, sekadar mengemaskini blog.

Monday, 16 May 2011
looking for strength
Agak lama saya membiarkan blog ini tidak terusik. Saya tiada mood ingin menulis. Saya sebenarnya masih dalam proses menguatkan semangat. Cuba membuang jauh2 fikiran2 negatif yg cuba mempengaruhi.
After the storm, it will never be the same again..
But still, there always chances for improvement.

Wednesday, 11 May 2011
You asked me when
At the moment I know you are happy with me,
At the moment I know you are content,
At that moment, when in the heat of argument, despite all the anger that are exploding, you still embrace me in your arm and tell me that you love me..
And then I will feel secure.

when u r only a pain in the ass
it's keep coming back to me and it's hurt.
knowing that my greatest fear is true.. i am nobody to no one.. even him.
am dying inside.

Saturday, 7 May 2011
Suatu hari di hujung minggu
Hari ini indah.
Matahari memancar terik.
Kering basuhan di ampaian.
Anak2 bermain.
Hasil basuhan berhari lepas masih menanti untuk dilipat.
I am content.

Monday, 2 May 2011
hei kamu
Hei kamu..
tahukah kamu saya rindu..
tahukah kamu sunyi bertamu..
tahukah kamu ada ruang kosong disitu..
bila tiada kamu.
tahukah kamu saya rindu..
tahukah kamu sunyi bertamu..
tahukah kamu ada ruang kosong disitu..
bila tiada kamu.
Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
tekanan
Rasanya kedua2 kami agak tertekan kebelakangan ini. Dia dengan tekanan kerjanya dan saya pula tertekan bila dia tertekan. hehe.
Kami perlu bercuti. Paling awal pun mungkin sebulan lagi baru dia bole menarik nafas lega (itu pun mungkin). Jadi buat masa ini kami perlu bersabar. InsyaALLAH buah kesabaran itu manis hendaknya.

Tuesday, 26 April 2011
bila perlu membuat pilihan
Serba salah. Jawapannya sebenarnya sudah ada tapi saya terlalu mementingkan diri sendiri untuk bersetuju dengan mana2 keputusan.
Pada satu pilihan, saya terlalu mementingkan diri sendiri tidak mahu ditinggalkan. Tetapi untuk memilih keputusan yang satu lagi, saya juga masih mementingkan diri sendiri tidak mahu dia tinggal sendirian.
Lalu bagaimana?

Monday, 25 April 2011
stress
saya perlu kembali belajar cara untuk menangani tekanan :)
dulu saya akan ambil masa untuk melakukan benda yg saya suka sebagai salah satu caranya. Sekarang tumpuan saya bukan lagi pada diri saya.. the meaning of 'me time' itself is different now so i need to find a new way.
apa yang saya mahu? hemphhhh... pikir.. pikir..

Friday, 22 April 2011
my treasure chest
Saya memang suka 'blogwalking'. Membaca kisah orang lain.. kadang kala ianya memberi persepsi tentang hidup pada saya. Melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.. memberi saya peluang menilai sesuatu itu bukan dari mata saya. Dan selalunya kisah mereka mengingatkan saya betapa beruntungnya saya.
Seperti hari ini, terbaca kisah seorang isteri yg suaminya outstation tanpa meninggalkan belanja untuk dia dan anak2 (kerana si isteri bekerja).Mungkin si suami terlupa kerana memikirkan si isteri pasti ada wang belanja sendiri. Terbaca kisah begini buat saya rasa diri ini bertuah. Suami memang selalu outstation.. tapi tidak pernah sekali dia meninggalkan kami anak beranak tanpa dia terlebih dahulu memastikan keperluan kami cukup. Barang dapur, kegunaan harian dan wang belanja. Biarpun kadang kala keluarnya hanya sehari dua.
Saat saya berpantang, cukup dia risau kalau2 saya bentan. Sibuk berpesan agar berhati2 supaya tidak tersepak apa2. Segala kemahuan saya.. seboleh-bolehnya cuba dituruti. Hati saya.. sehabis2 usaha dia menjaganya.
'biarpun saya kelihatan begini.. saya tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami..'
Thursday, 14 April 2011
bila hati menjadi emosi
Malam ini tiba2 saya menjadi emosional. Oh.. bukan sedih sebaliknya lebih kepada perasaan terharu.
Anak2.. permata hati saya. Dia.. penakluk hati saya.
Anak2.. penyeri hari2 saya. Dia.. kekuatan saya menghadapi hari2 yg mendatang.
Alhamdulillah.. ALLAH kurniakan mereka pada saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa mereka.

Thursday, 7 April 2011
kecewa
Bagaimanalah hati dapat tenang.. bila mengetahui bahawa diri tidak diperlukan.
Kenapa saya bersusah payah risau akan dia padahal dia sendiri tidak pun kisah.

Tuesday, 5 April 2011
saya yg tidak sempurna
Sebagai isteri, saya tidak sempurna. Pasti ada kurang dimana2. Nak2 pula masa saya tengah marah. Lagiiiii la kurang layanan saya. Senyum pun tak mampu. Saya malas nak mengamuk tapi saya akan buat tak tahu.
Maaf ya suamiku.
Terima kasih untuk kesabaran itu.
Maaf ya suamiku.
Terima kasih untuk kesabaran itu.
Friday, 1 April 2011
luahan kurang gembira
Hari ni mood saya kurang baik. Tidaklah nk marah2 cuma sekadar kurang bersemangat saja. Dapat pula khabar yg kurang menggembirakan. Aduhh.. saya xnak kurang bersemangat macam ni. Hati.. kuatlah. Mak pernah kata.. saya hati kering. Jadi.. saya pasti mampu harunginya..
Saya ingin tersenyum biarpun hati saya menangis..

Thursday, 31 March 2011
sayalah seorang penanti
Jam sudah 1 pagi.. mana dia belum pulang lagi?
Hati sudah mula digamit resah..
Hati sudah mula digamit resah..
Wednesday, 30 March 2011
it simply means
When I started doing the house chores in the middle of night or before dawn, it simply means that I am in a foul mood. Yes, when I started scrubbing the floor by hand tiles by tiles at 2 or 3 o'clock in the morning, it's means I'm disappointed and angry.
But it also means I tried to channel my frustration and anger the right way. I'm rather tired myself out with the house chores than arguing. I'm rather washing the fan or cleaning the dishes or even wash the toilet than screaming and throwing things like a maniac.
I don't want to argue but at the same time I have to let my anger out. And slaving myself with the house chores (at the very inappropriate time) is my choice of doing it.
Well.. it is crazy but at least it is better than breaking things, right?

Sunday, 27 March 2011
Sarapan yg gembira
Seronok bersarapan hari ini. Terasa kami keluarga bahagia :)
Bukannya apa.. hari ini dapat bersarapan dengan tenang dan tenteram.. tanpa ragam nakal anak2. Oh.. kami masih bersarapan bersama anak2.. tapi baik betul mereka hari ini. Tidak menangis dan meraung seperti selalu bila dah bosan.
Seronoknyaaaa...

Thursday, 24 March 2011
untuk apa bicara ini?
Kita menulis untuk apa? Lebih2 lagi menulis di ruangan terbuka seperti blog ini. Saya menulis untuk meluahkan apa yang dirasa. Saya lebih petah menulis dari berbicara. Kerana bila menulis saya bebas meluahkan segalanya. Tak tahulah kenapa.. saya sebenarnya cukup sukar meluahkan rasa hati pada dia. Selalu dalam saat2 perbalahan, saya kematian kata2. Bukan kerana tiada yg ingin diperkatakan, tapi entah kenapa mulut saya berat. Lalu akhirnya saya akan mengambil sikap berdiam diri. Kata2 yang terlintas tak pernah terluah, sekadar bermain di fikiran. Lalu saya beralih ke medium ini, untuk meluahkan rasa hati.
Sunday, 20 March 2011
saja update
Di luar hujan. Anak2 pun tgh sedap tido. Syioknye dapat rileks2 camni (sambil jeling baju yg belum dilipat kat sebelah. hati berkata.. abaikan..). hehe. Kalo dia ada lagi best. Bole manja2 sambil borak2. Hehe. Tapi dia keje lak ari ni. Takpelah.. saya redha. Dia cari rezeki untuk kami anak beranak gak.
saya sebenarnya sedang cuba bertekad untuk lebih ceria. tak mo dah asyik merajuk dan marah2. dia dah banyak berkorban untuk wat saya gembira, jadi saya juga ingin membahagiakan dia.
my love : please bear it with me ok ;)

Wednesday, 16 March 2011
Ku pohon kekuatan itu lagi
Dia bercerita. Tentang latihan kerjanya. Biarpun sekadar latihan, nyawa tetap ada ancaman. Saya cuma mampu diam. Sungguh tak mampu saya bersuara. Kerana saya tahu, sekiranya saya buka mulut, hanya esakan yang akan keluar. Sebak menyesak dada namun saya berusaha menahan.
Hati.. kuatlah..
Hati.. kuatlah..
Sunday, 13 March 2011
Saturday, 12 March 2011
sad mood
i need him now but he is not here.
need him to comfort me.
feels like crying...
need him to comfort me.
feels like crying...
Friday, 11 March 2011
when the heart beating fast..
Pernahkah kalian rasa.. debaran bila terlihat sesuatu mengenai org yg disukai? Hari ini debaran itu sekali lagi saya rasakan. Dan ia mengembalikan kenangan. Teringat zaman bercinta dulu. Debaran ketika menaiki bas untuk berjumpa dengannya. Malah selepas kahwin debaran itu masih ada. Debaran yg dirasa menanti dia tiba setiap kali dia balik bercuti dari kursusnya. Manisnya debaran itu. Debaran itulah yang memberitahu saya cintakan dia. Dan saya bersyukur debaran itu masih ada..
Thursday, 3 March 2011
when he ask
I am in the middle of preparing our kids' bag when he came to me, all ready for our outing tonight. Quite suddenly he hug me.
'You know that I love you, don't you?' he asked slowly.
'What's the matter?' I asked. He only act this way when he had news that he know will make me furious.
'Nothing. You know I love you, don't you? And I will always stay faithful to you.' there's no mistaken. I could feel his sadness there.
'What's the matter?' still I asked. Even though I start to realize what he meant.
'Nothing.' he slowly let me go. 'I just don't want you to worry'.
I just keep my silence. I know what he tried to tell me. I could feel the sadness creeping into my heart. He is talking about the risk he face. And there is nothing I could say about it. I can't complaint, it his job. I can't make a fuss, I don't want him to worry about us. The work had burden him enough. I had to be strong, even though it is only a pretense in front of him.
YA ALLAH, lindungilah suamiku.

Sunday, 27 February 2011
Sexy Hubby
It's Sunday nite but nothing much to watch on tv. So we end up watching 'Serasi Bersama'. One of the question asked to the contestant was which part of the husband is the sexiest to the wife. Hearing the question, hubby turned to me and asked, 'So..which part of ME do you think is the sexiest?'
'Hemphh..' I'm mingled a bit. Want to tease him.
'The tummy..' I said jokingly. He looked at his tummy. Surprise maybe.
'Why is it sexy?' Hahaha.. he believed me!
'Of course. Your tummy keep moving forward (like a pregnant women I mean). That why it is sexy.' and oh how I laugh..only in my heart though! Hahaha.
Well.. the truth is, the sexiest thing he has is his eyes. The way he look at me, the way he stares.. he can make me blush with embarassment.
But then, when his angry his eyes flares like fire. You can feels the anger just by looking at his eyes. That's why I always avoid looking at his eyes when he is angry. Cos sometimes it's hurt.

Thursday, 24 February 2011
kami
Saya rindukan dia. Dan bila rindu itu tiba, mulalah teringatkan semua kenangan bersamanya.
Perkahwinan kami baru setahun jagung. Masih lagi mencari keserasian. Dan saya akui, saya masih lagi belajar untuk menjadi yg lebih baik untuknya. Dalam perkahwinan kami, sayalah yang lebih degil. Malah lebih mementingkan diri. Mudah tersinggung dan merajuk tak semena2. Sudahlah sukar dipujuk.
Di awal perkahwinan dulu, dialah selalu beralah. Dan sebenarnya dia masih lagi beralah. Tapi sekarang dia sudah tidak mudah mengalah. Dulu, tak jemu dia memujuk. Sekarang, dimarahnya dahulu baru dipujuk. Saya tidak menyalahkan dia. Siapalah yg tahan bila isteri asyik2 merajuk.. tanpa sebab pula. Sebab itulah sekarang saya cuba mengawal diri. Kalau merajukpun, saya cuba untuk tidak memanjangkannya. Tapi tetap mahu dipujuk. Payah saya ini.
Semoga dia mampu bersabar dengan saya.

Wednesday, 23 February 2011
bila dalam penantian
Masa dah mula terasa lambat. Tak sabar2 nak tunggu dia balik. Tanpa dia, rasanya separuh diri saya hilang. Nak wat apapun tak semangat.
Yang sebenarnya setiap kali dia outstation, saya sentiasa dalam kerisauan. Selagi tak dapat berita dia dah selamat sampai, kerisauan itu sentiasa ada. Itulah yg menyebabkan saya tak sabar2 menunggu dia balik. Supaya saya tahu dia selamat.
Well.. that.. beside the fact that I want to tell him that I love him..

Tuesday, 22 February 2011
Bila dia outstation
Dah 3 ari tak jumpa dia. Dan dah 2 ari tak dapat cakap dengan dia. Memang macam ni la kalo dia 'outstation'. Saya masih bertahan. Saya cuba tidak memikirkan dia sangat. Kalo tidak memang terasa betul dia takde. Rindu tak payah katalah.
Cepatlah dia balik.
Cepatlah dia balik.
Saturday, 19 February 2011
saya benci begini
Malam telah pun beransur awal pagi. Mata masih enggan lelap. Hati saya resah. Terlalu banyak yg difikirkan. Saya perlukan teman untuk berbual2. Untuk mengalih fikiran saya dari memikirkan yg bukan2. Dan dia berjanji untuk menemani saya malam ini. Tapi dia telahpun lena bersulam mimpi.
Terasa agak kecewa. Tapi saya tidak mampu marah. Merajuk.. mungkin. Saya tahu dia letih berkerja siang tadi. Malah esok masih perlu ke tempat keje lagi. Sudahlah Ahad gilirannya untuk bertugas. Dan kesibukannya akan terus bersambung ke minggu depan.
Saya berbelah bagi. Saya ingin menjadi isteri yg baik untuknya. Yang memahami dan menyokong dia. Tapi kedegilan saya mendesak untuk dimanjakan. Menagih perhatian.
Hati.. kuatlah.

Friday, 18 February 2011
Untuk apa
Bila hati bicara, sungguh ingin meluahkan. Tanpa mahu dinilai. Tanpa perlu memikirkan apa-apa.
Di sini saya letakkan bicara rahsia hati saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)