Saturday, 29 October 2011

sungguh saya terluka

Saya berkecil hati. Saya tidak diberitahu semata2 kerana dia tahu saya tidak bersetuju. Kerana saya tidak menyokong. Kerana saya akan bising2 memberikan pelbagai alasan tidak membenarkan. Benar, saya akui. Saya memang 'mulut bising'. Tetapi saya fikirkan dari sudut pandangan orang lain. Saya tidak mahu dia berkecil hati dengan kata2 orang di kemudian hari. Saya cuba melindunginya. Saya disisihkan hanya kerana saya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Mungkin kerana itu dia merasa saya tidak memahaminya. Jadi lebih baik saya 'dikeluarkan'.

Selama ini saya selalu merasa saya tidak disukai. Tetapi biarlah.. mereka orang luar. Tetapi hari ini saya diketepikan keluarga sendiri. Jadi mungkin benar saya ini hanyalah melukut di tepi gantang. Mungkin juga benar saya ini tidak baik untuk sesiapa.. bilamana keluarga sendiri sanggup merahsiakan dari saya.

Siapa lagi yang saya ada?

Thursday, 27 October 2011

Mengimbas kembali

Meluangkan sedikit masa membaca semula entry2 lama di dalam blog saya ini, saya berasa.. hemphhh.. tak tahulah nak terangkan :) tapi yang pasti saya suka membaca kembali tulisan2 saya di dalam blog ini. Kerana saya dapat menulis dengan bebas, tidak terbeban. Ayat2 saya mudah dan saya dapat merasai kembali perasaan saya ketika menulis entry2 itu.

Kadang kala ada baiknya kita sekadar menulis perkara yang baik2 sahaja kan? (Biarpun ada juga terselit luahan tidak puas hati saya.hehe) Mengingati yang baik2 sahaja.

Hemphhh.. rindu pula nak menikmati sarapan yang gembira.

Wednesday, 26 October 2011

Hari ini yang biasa-biasa saja

Bosannya saya hari ini. Ditambah dengan malas yang melampau ni buat hari ini rasa biasa sahaja. Tapi malas-malas pun saya hari ini berjaya juga mengemas ruang tamu, mengelap lantai dan mencuci bilik air.

Diam tak diam entry saya sudah melebihi 60. Rajin juga saya menulis di sini rupanya. Walaupun jarang tapi tidaklah sehingga terabai langsung.

Hemphhh.. hilang pula idea nak menulis apa. Nantilah.. bila ada ilham saya tulis lagi :)

Sunday, 16 October 2011

Saya teringin benar.. tapi saya tahu

Saya teringin benar mengajak dia berjalan2 tanpa tujuan, sekadar meluangkan masa bersama, mengulang 'date' kami seperti zaman bercinta dulu.. tapi saya tahu dia teringin benar menghabiskan masa sekadar berehat2 di rumah.

Saya teringin benar menghabiskan malam kami sekadar berbual2 kosong, bercerita kisah2 lucu, berkongsi gossip2 ringan sambil berpegangan tangan.. tapi saya tahu dia perlu berehat kerana dia bekerja esoknya.

Saya teringin benar menikmati hari2 lapang bersamanya.. tapi saya tahu tanggungjawapnya pada kerja.

Biarpun begitu saya tahu dia telah berusaha sedaya upayanya menggembirakan saya. Membawa kami sekeluarga keluar berjalan2 walaupun dia baru pulang dari kerja pada petangnya, melayan omelan saya sambil menahan mata sehingga tersengguk2 dan terlena dek kerana letih dan mengantuk.

Ah, jangan sangka saya tidak nampak apa yang telah dia lakukan untuk saya. Saya menyedarinya lebih dari yang disangka. Dan saya sangat2 menghargainya. Terima kasih, suami.

Saturday, 15 October 2011

saya rindu dia

Cuaca cerah hari ini. Matahari terik. Seronok melihat pakaian yang dicuci kering dek panas matahari. Tapi suami bekerja hari ini. Kalau tidak boleh juga mengajak dia berjalan2. Sejak kebelakangan ini memang saya teringin betul bercuti2 sekeluarga. Bukannya apa, jadual kerja suami yang tidak menentu kadang kala membuatkan kami terasa seperti jarang dapat meluangkan masa bersama. Lebih2 lagi bila dia perlu bekerja di hujung minggu. Terasa sudah lama betul tidak merasai perasaan lega, "ah, esok dia tidak kerja". Seperti terasa setiap hari dia perlu bekerja kerana setiap hari ketika dia pulang, malah ketika hujung minggu apabila mengingati esoknya pasti saya akan tersedar, "ah, esok dia kerja".

Saya merindui detik kami berjalan berpimpinan tangan menikmati kehadiran satu sama lain dengan ditemani anak2 tanpa perlu risau atau fikir yang dia perlu kerja esoknya.

Monday, 3 October 2011