Semalam saya menjengah blog2 orang sambil ditemani dia. Saya memang selalu menjadi 'silent reader' sesetengah blog tu. Membaca salah satu blog yang kerap saya kunjungi, suami memberi komen..
"jutawan agaknya suami dia (mrs A)"
Memang saya akui, Mrs A memang selalu bercerita tentang rutin sehari2 hidupnya dan jelas dia tergolong dalam golongan yg agak berada. Ah jangan salah faham. Mrs A tidak pernah riak dengan apa yang dia ada. Dia sekadar berkongsi kisah hidupnya sehari2. Dan saya suka membaca apa yang ditulisnya, menumpang seronok dengan keselesaan hidupnya.
Entah kenapa, saya suka membaca blog yang bercerita tentang hidup masing2 hinggakan suami hairan dengan tabiat saya. Saya seronok membaca kebahagiaan orang lain. Dan saya tidak pernah cemburu. Kerana hidup saya juga lengkap. Biar tidak semewah mana, tidak juga saya kurang apa2.
Dia melengkapkan hidup saya.
No comments:
Post a Comment