Monday, 26 August 2013

Sedang emosi

Sakit kepala. Sebelum ini saya tidaklah kisah sangat jika saya sakit kepala. Tapi semenjak ke klinik minggu lepas saya dihimpit kerisauan bila sakit kepala menjengah.

Pada lawatan ke klinik minggu lepas saya diberitahu tekanan darah saya rendah. Malahan HB juga turun sehingga kurang dari 10. Hinggakan lawatan klinik yg sepatutnya biasa sahaja menjadi luar biasa kerana saya perlu berjumpa doktor. Sewaktu doktor bertanyakan jika saya ada simptom2 anemia dan tekanan darah rendah, tenang saya menjawap bahawa saya cuma mudah rasa letih. Tiada sakit kepala atau yang lainnya. Kerana itu yg sebenarnya. Tidak saya risau sangat kerana yakin ini hanya sementara.

Tetapi hari ini bila sakit kepala menyerang, saya jadi risau. Ini bermakna tekanan darah saya masih rendah. Tidak bertambah baik seperti yang saya harapkan. Ditambah pula asyik rasa ingin muntah tiba-tiba. Juga rasa mudah letih yang masih sama.

Hendak dikatakan saya tidak makan.. banyak juga saya rasa yang telah saya makan. Mungkin diet saya tidak betul. Kebelakangan ini mmg saya kurang makan sayur. Hendak keluar membeli, alahai.. berat rasanya kena memandu sendiri. Sejujurnya saya tidak larat.

Dalam keadaan begini mulalah saya berfikir yang bukan2. Terasa ingin merajuk kerana suami sibuk dengan kerja bila saya memerlukannya di sisi. Iya.. memang bukan salahnya tapi saya sdg emosi sekarang.

Serasa ingin menangis.

Saturday, 24 August 2013

Setelah raya

Sunyinya saya rasa. Setelah lebih seminggu meriah bersama sanak saudara terasa sunyi pula bila kembali tinggal kami anak beranak sahaja. Maklumlah masing-masing dah habis cuti raya. Sudah kembali ke rutin harian.

Aduhlah.. sunyinya..