Saturday, 29 October 2011

sungguh saya terluka

Saya berkecil hati. Saya tidak diberitahu semata2 kerana dia tahu saya tidak bersetuju. Kerana saya tidak menyokong. Kerana saya akan bising2 memberikan pelbagai alasan tidak membenarkan. Benar, saya akui. Saya memang 'mulut bising'. Tetapi saya fikirkan dari sudut pandangan orang lain. Saya tidak mahu dia berkecil hati dengan kata2 orang di kemudian hari. Saya cuba melindunginya. Saya disisihkan hanya kerana saya tidak menyokong apa yang dilakukannya. Mungkin kerana itu dia merasa saya tidak memahaminya. Jadi lebih baik saya 'dikeluarkan'.

Selama ini saya selalu merasa saya tidak disukai. Tetapi biarlah.. mereka orang luar. Tetapi hari ini saya diketepikan keluarga sendiri. Jadi mungkin benar saya ini hanyalah melukut di tepi gantang. Mungkin juga benar saya ini tidak baik untuk sesiapa.. bilamana keluarga sendiri sanggup merahsiakan dari saya.

Siapa lagi yang saya ada?

No comments:

Post a Comment