Wednesday, 29 June 2011

Berkongsi cerita

Semalam saya menjengah blog2 orang sambil ditemani dia. Saya memang selalu menjadi 'silent reader' sesetengah blog tu. Membaca salah satu blog yang kerap saya kunjungi, suami memberi komen..
"jutawan agaknya suami dia (mrs A)"
Memang saya akui, Mrs A memang selalu bercerita tentang rutin sehari2 hidupnya dan jelas dia tergolong dalam golongan yg agak berada. Ah jangan salah faham. Mrs A tidak pernah riak dengan apa yang dia ada. Dia sekadar berkongsi kisah hidupnya sehari2. Dan saya suka membaca apa yang ditulisnya, menumpang seronok dengan keselesaan hidupnya.


Entah kenapa, saya suka membaca blog yang bercerita tentang hidup masing2 hinggakan suami hairan dengan tabiat saya. Saya seronok membaca kebahagiaan orang lain. Dan saya tidak pernah cemburu. Kerana hidup saya juga lengkap. Biar tidak semewah mana, tidak juga saya kurang apa2.


Dia melengkapkan hidup saya.

Monday, 27 June 2011

Mimpi

Semalam saya bermimpi. Mimpi yang membuatkan saya menilai semula di mana letaknya hati saya.
Dan itu membuatkan saya menginginkan dia di sisi saya. Rindu ingin berbual2 dengannya. Ingin memberitahunya betapa dia melengkapkan hidup saya. Ah saya ini. Dia bukannya ke mana pun. Sekadar pergi bekerja. Petang nanti insyaALLAH pulang.

Itulah manisnya bercinta selepas berumahtangga. Bebas meluahkan cinta tanpa batasan.

Tuesday, 21 June 2011

Berehat sebentar (tanpa kit kat.hehe)

Agak letih. Mengemas sedari tadi. Malah turut mengelap lantai (mengelap ye bukan mop). Maka sedang mengambil kesempatan melepaskan lelah.. sambil online (^_^).

Baru sebentar tadi dia menelefon, memberitahu tidak perlu masak petang ini. Agak lega walaupun saya sebenarnya sudah pun menyediakan bahan2 untuk memasak. Cadangya hendak memasak selepas berehat ini. Tetapi dia juga turut menyelitkan berita kurang gembira.

Alahai.. nampaknya tidak dapatlah saya berjumpa teman lama yg bakal berkunjung hujung minggu ini. Sungguh tiada rezeki.

Saturday, 18 June 2011

Saya hari ini

Ari ni cuaca cantik betul, tapi saya tak berapa seronok. Dada asyik berdebar2.. kadang2 rasa macam tak boleh bernafas pun iye. Mula la pikir bukan2. Hehe.

Tapi mungkin sebab saya minum banyak sangat teh pagi tadi. Dah tahu saya sorang je yg akan minum teh tu, tetap juga saya buat hampir satu jug. Haa.. lepas tu dok rasa melayang2 je ni. Rasa nak pitam pun ada. Angin la tu.

Rasa macam nak berlari2 ke buat senaman ke supaya angin ni hilang :)

Thursday, 16 June 2011

Blog yang menyimpan kenangan

Saya gemar menulis, meluahkan rasa hati. Dahulu saya memilih untuk menulis diari, kini saya membuat diari alam maya pula. Diam tak diam saya ada 4 blog (iye cik abg.. ada 4) termasuk 1 blog rahsia yg hanya saya seorang yang tahu (jgn marah ye cik abg).

Blog tu pun dah lama terbiar. Sebabnya saya lupa password. Nak buat password baru, email untuk blog itu pun saya dah lupa passwordnya (sungguh saya ini pelupa). Entry saya yang terakhir tahun 2007, itu pun sekadar 1 entry.

Lama saya tak jengah blog tu. Hari ini entah macamana boleh pula saya teringat nak menjengah ke situ. Membaca balik apa yang saya tulis, terlintas betapa baiknya bahasa inggeris saya dahulu berbanding sekarang. Blog itu sebenarnya hampir 90% ditulis dalam bahasa inggeris. Saya bukan mengagung2kan bahasa inggeris tetapi entah kenapa bila saya emosi, saya lebih pantas mengarang ayat dalam bahasa inggeris. Mungkin kerana saya berasa bahasa melayu lebih sopan dan indah, jadi tidak sesuai untuk emosi saya yg gila2 (^_^)

Mungkin kerana tahu blog itu tidak akan dibaca oleh sesiapa yang mengenali saya, saya berasa bebas meluahkan perasaan saya di situ. Cara penulisan saya juga lebih bebas. Mungkin kerana itu saya boleh mengarang dengan lebih baik di situ. Dan sejujurnya, di situlah saya meluahkan perasaan sebenar saya. Kecuali untuk 1 entry (saya dengan bengongnya telah menokok tambah ayat yang tidak melambangkan perasaan saya semata2 untuk kedengaran lebih dramatik).

Buat suami - di situlah sebenarnya saya meluahkan perasaan ketika awal pertemuan kita dahulu. Segala kekeliruan.. ketidakpastian.. harapan.. dan penerimaan. Blog itu akan saya simpan sebagai diari yang menyimpan kenangan awal kisah kita dulu.

Monday, 13 June 2011

Hujung minggu kami yang santai

Saya seronok hujung minggu yg lalu. Dia ada di rumah. A treat that rarely we could enjoy. Kami tidak merancang berjalan ke mana2, sekadar duduk di rumah sahaja. Tetapi kebetulan seorang sahabat lama berkunjung, jadi kami menghabiskan sehari bertemunya. Dan hari selebihnya, kami sekadar di rumah di mana dia meringankan tulang mengemas bilik. Terima kasih wahai suami.

Saya? Berperang di dapur :)

Tuesday, 7 June 2011

C.i.n.t.a

Buat masa ni, saya sedang senang hati (^_^). Bukan kerana ada berita gembira, bukan kerana hajat tercapai tapi sekadar senang hati.

Saya gembira melihat teman2 yg bahagia. Melihat mereka yang sedang dilanda cinta, ah bahagianya. Membaca blog2 bakal pengantin, jelas mereka sedang melalui fasa yang indah.

Cinta itu membahagiakan.. seharusnya begitu kan? ;)

Saturday, 4 June 2011

Saya suka di sini

Saya suka menulis di blog saya yg satu ini. Mungkin kerana bila menulis di sini saya tiada tekanan. Tiada sesiapa yang akan menilai saya di sini. Saya suka menulis dengan ayat yang ringkas begini, terasa lebih seperti saya. Sederhana.

Luahan hati saya jadi lebih telus, mungkin kerana saya tahu tiada sesiapa yang membacanya. Dan sekiranya ada, mereka tidak mengenali saya. Saya selesa begini.

Thursday, 2 June 2011

Harapan

7.39 pg : Tunggu berita dr dia. Mode : Saya berharap. Tapi macam xde harapan je...

11.50 pg : Terima berita. Harapan tinggal harapan. Mode : Saya tak kisah. Hemmpphh.. mungkin kerana saya sudah menduga.

*sedang cuba merencana aktiviti santai buat melepas tekanan. hemphh.. apa ye?

Wednesday, 1 June 2011

Hari Isnin kami

Tanpa sedar lama saya membiarkan blog ini sepi. Agak sibuk dengan rutin harian sehingga terlupa blog saya yg satu ini.

Kelmarin dan semalam dia bercuti. Gembira rasa hati. Seronok dia ada di rumah. Pagi Isnin, saya mengajak dia bersarapan di luar. Sanggup mengejutkan anak2 bangun awal semata2 nak pergi bersarapan di satu tempat itu. Lepas bersarapan, dia membuka pelawaan.. hendak ke mana? Ah.. saya ini pantang ditanya, laju saja menjawap.. hendak ke bandar. Mencari kedai menjual peralatan perkahwinan. Puas memusing, tidak jumpa kedai yang dicari. Butik perkahwinan banyak, tapi kedai yang menjual peralatan perkahwinan seperti di Nilai, tiada. Kecewa.

Tidak berjumpa benda yang dicari, kami pulang. Sempat menyinggah tempat kerja dia mengambil barang.

Walaupun sekadar jalan2 tanpa tujuan, saya gembira. (^_^)