Friday, 31 August 2012

Dari hati

Merindu,
Pada si dia,
Pemilik hati belahan jiwa,

Menanti,
Penuh setia,
Untuk mengecap manisnya pertemuan,

Inikah namanya cinta?

Wednesday, 29 August 2012

Mungkin perubahan ini perlu

Mendung pagi ini, membuatkan saya membatalkan hasrat untuk membasuh pakaian. Rumah masih bersepah, sengaja saya melewat-lewatkan untuk mengemas. Kerana memberi peluang anak-anak untuk selesai makan. Maklumlah, anak-anak saya ini kalau makan memang bersepah sana sini.

Kebelakangan ini saya banyak berangan-angan hendak menghias rumah. Suami pun ada bersuara hendak melihat rumah yang lebih kemas dan sedap mata memandang. Sebelum ini memang kami meminimumkan perhiasan rumah, kerana bimbangkan anak-anak yang suka merosakkan barang-barang. Tapi serasanya mungkin saya sudah boleh mula menghias sedikit demi sedikit, agar mereka merasa biasa dengannya dan tidak mengusik perhiasan tersebut.

Minta-mintalah semangat saya ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam kan.

Wednesday, 22 August 2012

Kesederhanaan Aidilfitri kami

Aidilfitri ini kami sambut sederhana dengan keluarga kecil kami. Suami yang tidak dapat bercuti panjang tidak memberi kami kesempatan untuk pulang ke kampung. Begitupun Aidilfitri ini tetap meriah buat kami.

Langsir berganti, ruang tamu berhampar karpet.. terima kasih buat suami yang tidak berkira dan meringankan tulang menolong tatkala saya sibuk di dapur menyediakan juadah raya. Terkadang tidak percaya bahawa kini saya yang menguruskan keluarga sendiri. Saya yang selalunya si pemalas dan keras kepala di dalam keluarga. 

Terima kasih suami kerana mempercayai saya untuk menguruskan rumahtangga. Seikhlasnya ianya satu kegembiraan buat saya bila saya boleh menyediakan juadah untuk suami dan anak2.

Monday, 13 August 2012

Syawal yang menjelang

Hujung minggu ini insyaALLAH kita akan menyambut Syawal. Para isteri dan ibu pasti sudah mula sibuk dengan persiapan raya. Buat kuih, kemas rumah, beli baju raya.. Saya? Seperti biasa bersederhana sahaja. Tahun ini kami tidak beli pun baju raya. Ada juga mencari, tapi tiada pula yang bersesuaian. Tak mengapalah.. baju tahun lepas masih ada.

Nampaknya saya perlu mula membuat persiapan.

Monday, 6 August 2012

as black as the night

Am sleepy.. tired too. But I can't sleep. My heart is aching. The pain is enough to make me awake.

Learn that I am actually a revengeful person. Therefore please don't hurt me.. cause I would return the 'favour'.. double the pain!!

heh. what a black heart. nope. don't want a black heart. so my kind heart.. please smile..