Hati saya gusar.
Saya mahu dipujuk, dimanja, ditenangkan.
Saya perlukan dia.
Dalam mood yang tidak ceria tiba-tiba lagu 'Andai kumiliki semalam' ke udara.
Lagu yang pernah si dia tujukan buat saya.
Terasa bagaikan saya dipujuk.
Terkadang apa yang kita perlukan hanyalah perasaan bahawa kita disayangi dan dihargai.
Wednesday, 31 July 2013
Tuesday, 30 July 2013
Persiapan raya
Hajat di hati hari ini ingin mula membuat kuih raya. Tetapi rasa letih pula.
Diam tak diam Syawal semakin dekat. InsyaALLAH minggu hadapan sudah raya. Rancang saya minggu ini saya ingin membuat kuih raya. Kerana minggu depan saya ingin menumpukan pada mengemas rumah. Langsir, sarung kerusi semua perlu dicuci, biarpun tidak ditukar baru.
Tidak mengapalah. Mungkin petang nanti saya akan bersemangat untuk membuat. kuih. Paling tidak pun esok bolehlah saya bermula. Kuih pun sejenis dua sahaja yang saya rancang untuk buat. Sekadar penyeri meja.
Hari ini pun menu berbuka saya sekadar memanaskan lauk yang semalam. Kerana semalam memang mewah betul menu berbuka kami. Kuih sahaja sudah mencecah 3 4 jenis. Jadinya tidak mahu membazir hari ini saya tidak perlu memasak.
Thursday, 25 July 2013
Terlepas sahur
Hari ini buat pertama kalinya saya terlepas sahur. Mujur juga hanya saya seorang. Suami tiada kerana bekerja. Kalau tidak kasihan juga dia kena berkerja tanpa bersahur.
Sebenarnya saya sudah terjaga bila 'alarm' saya berbunyi. Tetapi saya pun tidak sedar yang sejurus mematikan 'alarm' tersebut saya menyambung tidur. Tahu-tahu bila terjaga Subuh sudahpun menghampiri penghujung.
Maka berpuasa la saya hari ini tanpa bersahur. Tidaklah seteruk mana sebenarnya. Saya masih berdaya. Cuma saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu letih. Yang membimbangkan saya adalah si kecik yang di dalam perut. Sepanjang hari perut saya sakit. Si kecik pun tidak berhenti2 menendang dan bergerak. Sekali sekala saya rasa sakit menyucuk-nyucuk, seperti dicubit dari dalam. Alahai.. kelaparan agaknya si kecil ini di dalam perut. Serba salah juga saya. Doktor ada berpesan, kalau tidak berdaya tidak perlu berpuasa. Kasihan si kecil yang kelaparan. Tapi kerana merasa masih berdaya saya teruskan berpuasa. Sambil memujuk-mujuk kesayangan saya ini supaya bertahan. Maaf ye sayang emak. Emak tahu sayang emak kuat kan di dalam.
Alhamdulillah telah selamat berbuka. Bersungguh saya menambah nasi sebagai ganti perut yang kosong sepanjang hari. Semoga si kecil saya baik-baik sahaja.

Wednesday, 24 July 2013
Hari ini
Berehat sebentar melepaskan lelah.
Rumah masih bersepah. Sengaja saya melewatkan mengemas. Membiarkan anak-anak makan terlebih dahulu. Niatnya kalau larat hendak mengemop lantai sekali.
Kebelakangan ini memang tenaga saya agak berkurangan. Maklumlah bulan puasa. Benar.. orang kata puasa bukanlah alasan untuk asyik mengadu letih dan tidak larat. Tapi dalam situasi saya.. itu lah dia. Keadaan saya yang sememangnya terhad tenaganya ditambah berpuasa memang menyebabkan saya cepat letih.
Bukanlah saya tidak boleh langsung membuat kerja. ALHAMDULILLAH saya masih cergas. Cuma saya memerlukan lebih rehat setiap kali membuat kerja. Dan ada beberapa kerja yang nampaknya terpaksa saya serahkan pada suami untuk ambil alih.
Saya sudah tidak boleh menyental lantai bilik air. Pagi tadi sewaktu mencuci bilik air memang terasa sakitnya perut saya ketika menyental lantai. Sudahnya saya sekadar menggosok lantai begitu-begitu aje. Takut pula kalau dipaksa memberi kesan pada si kecik di dalam perut.

Saturday, 13 July 2013
Ramadhan ini
Ramadhan telah pun memasuki hari ke 4.
Pagi ini saya sahur sendirian. Lagi. Iya. Ini bukan kali pertama biarpun Ramadhan baru menginjak hari ke 4.
Sahur saya ringkas sahaja. Sekadar menggoreng sebiji telur dadar yg dicampurkan sedikit cili. Itu sahaja. Sungguh saya tiada mood hendak memasak. Diikutkan hendak bersahur pun tidak berselera. Tetapi saya gagahkan juga memikirkan sahur yang sangat digalakkan dalam Islam dan takut si kecil di dalam perut kelaparan.
Nasi berlaukkan telur goreng bercili itu saya temankan bersama sayur salad dan air asam yang saya buat sehari sebelum Ramadhan. Masam tomato yang terserap air asam itu dapat juga memujuk selera saya datang sehingga habis juga nasi di pinggan.
Saya juga menggoreng sedikit donut yang saya buat bersama anak2 semalam. Sengaja buat penyeri selera. Maklumla semalam waktu berbuka saya sekadar makan spageti goreng.
Beginilah saya bila suami terikat dengan komitmen kerja yang tidak mengizinkan dia pulang. Berbuka dan sahur sendirian. Kerana itulah bila suami memberitahu jadual kerjanya yang sudah terang tidak membolehkan kami banyak menikmati waktu berbuka dan bersahur bersama, saya sudah mengadu itu ini. Bukan tidak memahami komitmen kerja suami, bukan juga menyalahkan dia, tidak. Jauh sekali. Sekadar meluahkan rasa sunyi saya tanpa dia disisi. Ialah.. siapa lagi yang dapat memahami kecuali mereka yang merasainya sendiri?
Mujur juga ada anak2 menemani. Merekalah permata hati yang mewarnai hari2 saya.

Wednesday, 10 July 2013
Khabar yg merisaukan
Hari pertama Ramadhan.
Mendapat panggilan yang merisaukan. Keputusan talasemia telah diterima. Biarpun telah disahkan tiada talasemia tapi dikhabarkan ada masalah dengan sel darah merah.
Tidaklah dapat saya huraikan apakah masalahnya kerana saya juga tidak diberitahu dengan sejelasnya. Sekadar diterangkan masalah sel darah merah yang tidak bertindak balas terhadap ubat2 seperti asid folik untuk menaikkan HB bagi mereka yng mengalami masalah kurang HB. Tapi saya juga diberitahu masalah ini tidak semestinya berterusan.
Klinik menelefon meminta saya membawa suami dan anak2 saya yang berumur lebih 2 tahun untuk menjalani ujian darah. Risau juga saya. Semoga tiada apa2.
Subscribe to:
Posts (Atom)