Sepi lagi.
Bukan kerana tidak sudi, bukan kerana tiada yang ingin diluah tapi sungguh saya tidak punya kesempatan untuk menulis lagi.
Semenjak laptop yang satu itu rosak, saya semakin jauh dari dunia internet ini. Saya sudah tidak mengemaskini apa-apa lagi. Sekadar singgah menjengah tanpa dapat menulis apa-apa.
Terkadang saya rindu untuk berbicara, meluahkan rasa. Tapi selalunya luahan rasa itu hanya mampu saya telan sendiri, terbuku di hati.
Hari ini juga hati saya sebal, kecewa dan entah apa. Terasa seperti saya tidak dikisah. Mentang-mentanglah.............
Entahlah. Mungkin sekadar emosi yang tidak stabil. Mungkin juga kerana saya yang terlalu berharap. Atau mungkin juga saya yang mengada-ngada. Saya sudah letih memikirkannya hinggakan saya hanya boleh menyalahkan diri saya. Biarlah. Selagi saya mampu berdiri, maknanya saya mampu.
Rahsia Hati
Bila hati berbicara
Saturday, 19 September 2015
Saturday, 7 March 2015
Menyinggah
Lama saya tidak menjengah ke sini.
Semenjak laptop rosak, memang saya sudah jarang-jarang online.
Bila online pun sekadar lalu, tidak terasa ingin mengemaskini blog.
Telah masuk bulan Mac. Banyak memori yang sebenarnya ingin saya catatkan tapi tidak terbuat.
Baru-baru ini (tidak baru juga.. bulan lepas sebenarnya), suami membawa kami sekeluarga bercuti. Ingin memberikan saya masa berehat dari kerja rumah dan anak-anak mandi kolam katanya. Biarpun dekat sungguh santai rasanya. Yang paling gembira tentunya anak-anak. Berhari-hari masih menyebut-menyebut keseronokan mandi kolam.
Ah.. sedang menulis tiba-tiba hilang mood pula. Sehingga lain kali.

Friday, 2 January 2015
Yang berlalu
Sudah dua hari di tahun baru 2015.
Sejujurnya tidak terasa apa-apa. Hari yang berlalu tetap sama seperti hari lainnya. Sungguhlah saya sudah menginjak usia. Tidak lagi teruja dengan pertukaran tahun.
2014.
Tahun penuh ujian buat Malaysia. Bertimpa-timpa peringatan dan dugaan ALLAH berikan. Sungguh terkesan saya dengan apa yang terjadi. Biarpun ada sesetengahnya tidak terkena saya secara langsung. Tetap juga jiwa lemah saya ini dirundung hiba mengenangkannya.
Semoga ALLAH melindungi dan memberkati kita semua.

Friday, 12 December 2014
Santai
Bersantai di petang Jumaat.
Atau lebih tepat bermalasan di petang Jumaat.
Dah lama rasanya tak bermalasan seperti ni.
Tengah fikir untuk minum petang pula ni.

Sunday, 30 November 2014
Hujung minggu
Menikmati waktu bersantai bersama keluarga.
Kerja rumah pun disiapkan dengan bersenang lenang, tidak perlu tergesa-gesa.
Dan secara tidak langsung mengundang malas.
Ah.. masa untuk menyambung kerja.

Wednesday, 26 November 2014
Kembali setelah sekian lama
Lama laman blog ini terbiar sepi.
Berhalangan untuk mengemaskini biarpun ada kisah hati yang ingin dititipkan.
Sudah tiba ke penghujung tahun. Tahun hadapan anak-anak semakin menginjak usia. Baru-baru ini saya suarakan keinginan untuk menghantar anak2 mengaji. Kasihan usia yang makin bertambah tapi masih belum juga kami hantar belajar mengaji.
Suami pula tidak berapa setuju dengan pendekatan iqra' yang lebih kepada menghafal sebagai permulaan mengaji anak2. Dia ingin anak2 mengenal bukan menghafal. Lalu saya katakan padanya, zaman sekarang kebanyakan guru mengaji mengajar iqra'. Maka sudahnya, suami sendiri mengajar anak2 mengaji. Sejujurnya, saya gembira.

Thursday, 18 September 2014
Kesal
Sungguh saya kesal. Kesal dengan tindakan saya. Saat begini mmg saya asyik terfikir-fikir.. kalaulah saya tahu..
Penyesalan yang bertalu tidak mahu berlalu. Kerana silap saya itu habis semuanya rosak. Siapalah yang dapat memahami beban rasa bersalah ini?
Saya sudah berusaha sehabis baik. Kerana terlalu menjaga hati maka jadi begini. Silap saya.
Entahlah. Saya menjadi takut dengan diri sendiri. Setiap kali ada sahaja silap yang saya lakukan. ALLAH jua yang tahu penyesalan yang bersarang.
Sungguh manusia tidak sempurna, tapi mengapa tidak sempurnanya saya ini menyusahkan orang lain?
Beban perasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)