Masih saya ingin berbicara tentang kami lagi.
Ada juga dia bertanya, apa yang membuka pintu hati saya untuk menerimanya. Jawap saya, kesungguhannya. Benar, kesungguhannya dan sikap tidak putus asanya lah yang melembutkan hati saya. Kerana saya punya banyak kelemahan. Saya punya banyak kepincangan.
Saya memerlukan seseorang yang tidak akan berputus asa dengan saya, biarpun kekurangan saya mungkin menggoyangkan hubungan kami. Saya memerlukan seseorang yang tidak akan melepaskan tangan saya, biar sekuat mana saya meronta. Saya memerlukan seseorang yang melihat keburukan saya tapi tetap juga cinta itu ada dalam hatinya.
Sungguh.. selama ini saya menutup hati saya ketat-ketat kerana saya takut terluka. Kerana saya sedar kekurangan saya. Sehingga datangnya dia.
Semoga ALLAH menetapkan hati kami untuk saling mengasihi hingga syurga nanti.
Wednesday, 25 December 2013
Saturday, 21 December 2013
Kami
Diam tak diam sudah 7 tahun ikatan ini.
Mengingatkan saat mula2 bertemu, sungguh tak terjangka jodoh ini. Masakan tidak, ketika itu saya hanya 'watak sampingan'. Rupanya itulah caranya ALLAH merencana pertemuan kami yang akhirnya membawa kepada ikatan jodoh.
Terkadang tersenyum saya sendiri, orang yang dulunya saya 'tarik tali' kini merupakan separuh dari jiwa. Tapi tak pernah pula mengaku depan orangnya.. malu. Hihi. Kini, kami punya keluarga kecil kami sendiri.
Semoga ALLAH merahmati ikatan kami ini hingga ke jannah.

Cinta
Cinta itu aneh.
Ada masa sungguh bahagia.
Hati berbunga-bunga, terdengar lagu ria.
Ada masa juga peritnya tidak tertanggung.
Hati bagai dihiris, lukanya terkesan dalam.
Namun tetap juga cinta itu tidak terpadam.
Cinta,
pahit manisnya tetap bersama.

Thursday, 28 November 2013
Rindu dia
merindui si dia,
terasa lewat berlalunya masa,
kerana dia separuh dari jiwa,
lantaran itu kekosongan terasa,
tatkala berjauhan tiada di mata,
merindui si dia,
pendengar setia,
rindu pada perhatiannya,
rindu pada cerita-ceritanya,
rindu pada senyumannya,
rindu dia.
Monday, 7 October 2013
Hari penuh khabar
Hari ini penuh dengan perkhabaran yang mengejutkan. Ada perkhabaran gembira dan ada juga yang kurang enak. Semuanya memberi kesan pada saya.
Saya ini sejujurnya hati agak tidak senang. Hal-hal berbangkit, isu2 yang masih belum selesai.. semuanya menerbit gundah di hati. Kerisauan yang tidak surut membuat saya lebih memikirkan yang negatif2. Perkhabaran2 yang diterima turut memberi tempias pada emosi saya.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Wednesday, 2 October 2013
I will always be there. ALWAYS.
Saya bukanlah seorang yang manis berkata-kata.
Yang pandai memujuk rayu.
Yang tahu apa yang perlu diucapkan untuk menenangkan.
Saya mungkin akan kelihatan endah tak endah.
Mungkin juga akan bertanya tanpa nada.
Mungkin juga akan berkata-kata yang pahit didengar.
Tapi tidak pernah sekali saya akan berpaling.
Akan tetap saya berdiri di sisi yang memerlukan.
Menyokong dengan cara saya sendiri.

Monday, 23 September 2013
Never let go..
Marriage is not easy. It never was.
Pasti ada detik itu tatkala bahagia.
Pasti ada ketikanya taufan melanda.
Pasti ada masanya perlu bertahan atas nama cinta.
Biar apapun yang berlaku,
janganlah lepaskan tangan..
Saturday, 21 September 2013
kiranya luka itu masih berdarah
Ahhh... harapan tinggal harapan.
Senyuman yg diharapkan tawar dipertengahan.
Ribut taufan pula yg menjelang.
Hati yg carik siapalah yg peduli.
~ku menguis serpihan hati mencari titik kekuatan~

Thursday, 19 September 2013
Pemulihan
Alhamdulillah, pagi ini mood saya ok. Rasa bersemangat sikit nak buat keje rumah. Kalau tak bad mod ajelah.
Semoga angin baik ini berterusan hingga ke esok lusa dan seterusnya. Saya perlukan mood positif ini :)
Saturday, 14 September 2013
Hati yang serpih
Hati yang gundah siapa lah yang peduli.
Kerisauan, kebimbangan, ketakutan, kesakitan.. semuanya ditanggung sendiri.
Hati yang terguris pun tidak disedari.
Sungguh terasa tak dipeduli.
Wednesday, 11 September 2013
Hati yang sekeping ini
Sekian lama menyepi bukan kerana tidak ada yang ingin diluah. Banyak sebenarnya. Kebelakangan ini saya makin emosi. Banyak perkara yang saya runsingkan.
Tapi biarlah.. saya biarkan sesak hati itu berlalu sendiri. Saya tidak mahu meluahkan kerana takut terlepas kata.
Selagi saya mampu, saya tanggung sendiri.

Monday, 26 August 2013
Sedang emosi
Sakit kepala. Sebelum ini saya tidaklah kisah sangat jika saya sakit kepala. Tapi semenjak ke klinik minggu lepas saya dihimpit kerisauan bila sakit kepala menjengah.
Pada lawatan ke klinik minggu lepas saya diberitahu tekanan darah saya rendah. Malahan HB juga turun sehingga kurang dari 10. Hinggakan lawatan klinik yg sepatutnya biasa sahaja menjadi luar biasa kerana saya perlu berjumpa doktor. Sewaktu doktor bertanyakan jika saya ada simptom2 anemia dan tekanan darah rendah, tenang saya menjawap bahawa saya cuma mudah rasa letih. Tiada sakit kepala atau yang lainnya. Kerana itu yg sebenarnya. Tidak saya risau sangat kerana yakin ini hanya sementara.
Tetapi hari ini bila sakit kepala menyerang, saya jadi risau. Ini bermakna tekanan darah saya masih rendah. Tidak bertambah baik seperti yang saya harapkan. Ditambah pula asyik rasa ingin muntah tiba-tiba. Juga rasa mudah letih yang masih sama.
Hendak dikatakan saya tidak makan.. banyak juga saya rasa yang telah saya makan. Mungkin diet saya tidak betul. Kebelakangan ini mmg saya kurang makan sayur. Hendak keluar membeli, alahai.. berat rasanya kena memandu sendiri. Sejujurnya saya tidak larat.
Dalam keadaan begini mulalah saya berfikir yang bukan2. Terasa ingin merajuk kerana suami sibuk dengan kerja bila saya memerlukannya di sisi. Iya.. memang bukan salahnya tapi saya sdg emosi sekarang.
Serasa ingin menangis.

Saturday, 24 August 2013
Setelah raya
Sunyinya saya rasa. Setelah lebih seminggu meriah bersama sanak saudara terasa sunyi pula bila kembali tinggal kami anak beranak sahaja. Maklumlah masing-masing dah habis cuti raya. Sudah kembali ke rutin harian.
Aduhlah.. sunyinya..
Aduhlah.. sunyinya..
Wednesday, 31 July 2013
Pujukan buat hati
Hati saya gusar.
Saya mahu dipujuk, dimanja, ditenangkan.
Saya perlukan dia.
Dalam mood yang tidak ceria tiba-tiba lagu 'Andai kumiliki semalam' ke udara.
Lagu yang pernah si dia tujukan buat saya.
Terasa bagaikan saya dipujuk.
Terkadang apa yang kita perlukan hanyalah perasaan bahawa kita disayangi dan dihargai.

Tuesday, 30 July 2013
Persiapan raya
Hajat di hati hari ini ingin mula membuat kuih raya. Tetapi rasa letih pula.
Diam tak diam Syawal semakin dekat. InsyaALLAH minggu hadapan sudah raya. Rancang saya minggu ini saya ingin membuat kuih raya. Kerana minggu depan saya ingin menumpukan pada mengemas rumah. Langsir, sarung kerusi semua perlu dicuci, biarpun tidak ditukar baru.
Tidak mengapalah. Mungkin petang nanti saya akan bersemangat untuk membuat. kuih. Paling tidak pun esok bolehlah saya bermula. Kuih pun sejenis dua sahaja yang saya rancang untuk buat. Sekadar penyeri meja.
Hari ini pun menu berbuka saya sekadar memanaskan lauk yang semalam. Kerana semalam memang mewah betul menu berbuka kami. Kuih sahaja sudah mencecah 3 4 jenis. Jadinya tidak mahu membazir hari ini saya tidak perlu memasak.
Thursday, 25 July 2013
Terlepas sahur
Hari ini buat pertama kalinya saya terlepas sahur. Mujur juga hanya saya seorang. Suami tiada kerana bekerja. Kalau tidak kasihan juga dia kena berkerja tanpa bersahur.
Sebenarnya saya sudah terjaga bila 'alarm' saya berbunyi. Tetapi saya pun tidak sedar yang sejurus mematikan 'alarm' tersebut saya menyambung tidur. Tahu-tahu bila terjaga Subuh sudahpun menghampiri penghujung.
Maka berpuasa la saya hari ini tanpa bersahur. Tidaklah seteruk mana sebenarnya. Saya masih berdaya. Cuma saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu letih. Yang membimbangkan saya adalah si kecik yang di dalam perut. Sepanjang hari perut saya sakit. Si kecik pun tidak berhenti2 menendang dan bergerak. Sekali sekala saya rasa sakit menyucuk-nyucuk, seperti dicubit dari dalam. Alahai.. kelaparan agaknya si kecil ini di dalam perut. Serba salah juga saya. Doktor ada berpesan, kalau tidak berdaya tidak perlu berpuasa. Kasihan si kecil yang kelaparan. Tapi kerana merasa masih berdaya saya teruskan berpuasa. Sambil memujuk-mujuk kesayangan saya ini supaya bertahan. Maaf ye sayang emak. Emak tahu sayang emak kuat kan di dalam.
Alhamdulillah telah selamat berbuka. Bersungguh saya menambah nasi sebagai ganti perut yang kosong sepanjang hari. Semoga si kecil saya baik-baik sahaja.

Wednesday, 24 July 2013
Hari ini
Berehat sebentar melepaskan lelah.
Rumah masih bersepah. Sengaja saya melewatkan mengemas. Membiarkan anak-anak makan terlebih dahulu. Niatnya kalau larat hendak mengemop lantai sekali.
Kebelakangan ini memang tenaga saya agak berkurangan. Maklumlah bulan puasa. Benar.. orang kata puasa bukanlah alasan untuk asyik mengadu letih dan tidak larat. Tapi dalam situasi saya.. itu lah dia. Keadaan saya yang sememangnya terhad tenaganya ditambah berpuasa memang menyebabkan saya cepat letih.
Bukanlah saya tidak boleh langsung membuat kerja. ALHAMDULILLAH saya masih cergas. Cuma saya memerlukan lebih rehat setiap kali membuat kerja. Dan ada beberapa kerja yang nampaknya terpaksa saya serahkan pada suami untuk ambil alih.
Saya sudah tidak boleh menyental lantai bilik air. Pagi tadi sewaktu mencuci bilik air memang terasa sakitnya perut saya ketika menyental lantai. Sudahnya saya sekadar menggosok lantai begitu-begitu aje. Takut pula kalau dipaksa memberi kesan pada si kecik di dalam perut.

Saturday, 13 July 2013
Ramadhan ini
Ramadhan telah pun memasuki hari ke 4.
Pagi ini saya sahur sendirian. Lagi. Iya. Ini bukan kali pertama biarpun Ramadhan baru menginjak hari ke 4.
Sahur saya ringkas sahaja. Sekadar menggoreng sebiji telur dadar yg dicampurkan sedikit cili. Itu sahaja. Sungguh saya tiada mood hendak memasak. Diikutkan hendak bersahur pun tidak berselera. Tetapi saya gagahkan juga memikirkan sahur yang sangat digalakkan dalam Islam dan takut si kecil di dalam perut kelaparan.
Nasi berlaukkan telur goreng bercili itu saya temankan bersama sayur salad dan air asam yang saya buat sehari sebelum Ramadhan. Masam tomato yang terserap air asam itu dapat juga memujuk selera saya datang sehingga habis juga nasi di pinggan.
Saya juga menggoreng sedikit donut yang saya buat bersama anak2 semalam. Sengaja buat penyeri selera. Maklumla semalam waktu berbuka saya sekadar makan spageti goreng.
Beginilah saya bila suami terikat dengan komitmen kerja yang tidak mengizinkan dia pulang. Berbuka dan sahur sendirian. Kerana itulah bila suami memberitahu jadual kerjanya yang sudah terang tidak membolehkan kami banyak menikmati waktu berbuka dan bersahur bersama, saya sudah mengadu itu ini. Bukan tidak memahami komitmen kerja suami, bukan juga menyalahkan dia, tidak. Jauh sekali. Sekadar meluahkan rasa sunyi saya tanpa dia disisi. Ialah.. siapa lagi yang dapat memahami kecuali mereka yang merasainya sendiri?
Mujur juga ada anak2 menemani. Merekalah permata hati yang mewarnai hari2 saya.

Wednesday, 10 July 2013
Khabar yg merisaukan
Hari pertama Ramadhan.
Mendapat panggilan yang merisaukan. Keputusan talasemia telah diterima. Biarpun telah disahkan tiada talasemia tapi dikhabarkan ada masalah dengan sel darah merah.
Tidaklah dapat saya huraikan apakah masalahnya kerana saya juga tidak diberitahu dengan sejelasnya. Sekadar diterangkan masalah sel darah merah yang tidak bertindak balas terhadap ubat2 seperti asid folik untuk menaikkan HB bagi mereka yng mengalami masalah kurang HB. Tapi saya juga diberitahu masalah ini tidak semestinya berterusan.
Klinik menelefon meminta saya membawa suami dan anak2 saya yang berumur lebih 2 tahun untuk menjalani ujian darah. Risau juga saya. Semoga tiada apa2.
Tuesday, 11 June 2013
Rindu untuk bercinta
Benarlah kata orang.
Bila sudah bertahun berkahwin sekali sekala perlu menyemarakkan kembali cinta dengan keluar berdua. Tiba-tiba saya rindu untuk bercinta. Seperti saat mula-mula baru berkahwin dulu. Berjalan berpegangan tangan sekadar menikmati masa berduaan.
Tetapi sebenarnya saya jugalah yang sukar hendak meninggalkan anak2. Asyik merisaukan mereka bila tiada di depan mata. Itulah seorang ibu.

Thursday, 16 May 2013
Membenci diri
Hati saya gundah.
Sukarnya untuk mengikhlaskan hati. Untuk berlapang dada.
Sungguh telah saya cuba. Memujuk, memarahi hati agar lebih rasional, lebih ikhlas.
Tapi alasan-alasan kecil itu jugalah yang mendesak-desak. Yang mencuit-cuit hati.
Saya bukan orang yang mementingkan kebendaan. Sungguh tidak.
Saya juga bukan orang yang berkira dan kedekut. Sungguh saya harap tidak.
Tapi mengapa sukar benar saya berlapang dada?
Tidak memahamikah saya?
Pentingkan dirikah saya?
Emosi saya bergolak. Di suatu sudut, saya melihat rasionalnya alasan saya. Di suatu sudut yang lain pula saya melihat betapa saya seperti memikirkan hanya diri sendiri.
Saya marah dengan diri sendiri. Marah kerana saya terasa saya tidak berguna. Tidak mampu berbuat apa-apa. Sungguh saat in saya terasa ingin benar bekerja. Biarlah sekadar sebagai pencuci sekalipun. Biarlah gaji sekecil kuman sekalipun. Sekurang2nya ianya wang saya. Sekurang-kurangnya saya punya wang sendiri. Jadi saya tidak menyusahkan orang lain. Di waktu memerlukan saya punya wang.
Marah. Marah. MARAH. Sungguh saya marah dengan kelemahan saya sendiri.

Wednesday, 15 May 2013
Kekalutan dan gelodak hati
Lama benar saya menyepi. Kebelakangan ini sungguh saya terasa tidak teratur. Banyak perkara yang berlaku, ujian-ujian kecil buat kami, perkara-perkara yang tidak dirancang.. semuanya membuatkan saya terasa sedikit tidak stabil. Terasa seolah-olah masih tidak 'settle down'. Masih ada kerisauan yang tertaut di hati.
Sehingga hari ini saya masih tercari satu hari itu yang benar2 saya dapat rasa santai dan tenang. Serasanya terlalu banyak yang saya fikirkan dan runsingkan hinggakan hati masih lagi rasa gundah. Dan bila hati tidak tenang, saya lebih mudah melenting, merajuk. Mudah terasa. Dan tempiasnya terkena pada suami dan anak2.
Sungguh saya berdoa agar saya lebih diberikan kekuatan dan kesabaran.
Hati.. sabarlah.

Sunday, 17 March 2013
Melepaskan lelah
Melepaskan lelah setelah penat mengemas.Mengemas pun bukanya yang beria2.. sekadar mengemas sedikit demi sedikit.
Masih memikirkan menu untuk dimasak hari ini. Bahan mentah yang sangat2 terhad yang ada di daput benar buat saya buntu.
Tak mengapalah. Mungkin selepas berhat saya dapat memikirkan menu untuk hari ini.

Friday, 1 March 2013
Jangan berkata bila kita tidak tahu
Lahad Datu.
Saya menangis mendengar khabar dari Lahad Datu. Ramai yang telah terkorban. Berbunuhan sesama Islam. Paling sedih bila ramai yang mengeluarkan pendapat yang tidak memikirkan sensitiviti yang lain. Mengait hal itu dan ini seolah-olah dialah yang tahu hal sebenarnya.
Saya menangis mengenangkan si isteri yang keresahan memikirkan keselamatan suami akhirnya mendapat khabar yang merobek hati. Mengenangkan anak kecil yang kehilangan ayah.
Kita tidak tahu apa-apa. Berbicaralah dengan berhemah. Fikirkan perasaan2 yang mungkin tersinggung dek kata-kata penuh emosi kita. Jangan mudah berkata mereka patut dilayan begitu begini semata2 kerana mereka begitu begini.
Jangan mudah mencadangkan keganasan kerana bukan nyawa anda yang jadi taruhan.
Semoga Lahad Datu kekal aman.

Sunday, 24 February 2013
Bila kurang sihat
Kurang sihat. Selsema yang ditemani perit tekak mematikan deria rasa. Kebanyakan makanan terasa hambar dan tawar. Menghilangkan selera untuk makan.
Tapi tetap perlu makan. Tubuh memerlukan tenaga demi kerja yg perlu dilakukan.
Ah.. alangkah seronoknya kalau dapat berbaring berehat tanpa merisaukan apa2 buat seketika.

Sunday, 10 February 2013
Tahun Baru Cina kami
Cuti panjang sempena tahun baru Cina. Pasti ramai yang merancang percutian, tak kurang juga yang mengambil kesempatan pulang ke kampung.
Bagi kami pula, cuti panjang kali ini tidak ke mana2. Kerana jadual kami penuh dek aktiviti tempat kerja suami. Semalam ada perjumpaan, hari ini suami bekerja, esok pula ada hari ramah mesra keluarga. Tinggallah Selasa. Hendak merancang ke mana2 pun tak sesuai. Paling-paling pun mungkin berjalan di sekitar bandar sahaja.
Tapi tidaklah saya kisah sangat. Kerana suami memang selalu membawa kami berjalan2. Terkadang tidak menunggu hujung minggu, suami akan membawa kami anak-beranak keluar bersantai di tepi pantai tidakpun berjalan di taman.
Terima kasih suami yang sentiasa berusaha menggembirakan kami.

Wednesday, 30 January 2013
Little kids find fun in little things.
Hari ini anak kecil saya menyentuh hati saya dengan telatah comelnya.
Dia menemui pengasah pensel milik saya lalu diambilnya pensel warna milik kakaknya lalu diasah pensel warna itu. Begitu gembira dia memusing pengasah itu (iya.. dia memusing pengasah bukannya pensel) walaupun usahanya tidak membuahkan hasil. Setelah 'siap' dikeluarkan pensel lalu cuba menulis. Tersenyum saya sendiri mendengarkan 'eh?' dari mulutnya bila didapati pensel warna itu tidak memberi apa2 kesan.
Lalu saya ambil pengasah tersebut dan mengasah warna yang lain untuknya. Gembiranya dia melihat saya mengasah hinggakan berulang-ulang dia membawakan pensel warna yang rata-ratanya patah untuk saya asah. Dan setiap kali dia menghulurkan pensel warna yang patah pada saya wajahnya ceria. Bersinar matanya menghulurkan warna sambil berkata 'Ni'. Setiap kali.
Tersentuh saya melihat kegembiraan yang ditemuinya hanya melalui mengasah pensel.
Kids see this world from smiling eyes, that's why even simple thing is wonderful to them. We should learn from our kids,shouldn't we?

Monday, 7 January 2013
Meraikan cinta
2013 telahpun berlalu beberapa hari. Semenjak pertengahan Disember blog saya sunyi tanpa entry baru.
Pertengahan Disember lalu ulangtahun perkahwinan kami. Tiada sambutan meriah tapi kami menyambutnya berhari-hari. Manakan tidak.. suami sibuk dengan kerja. Jadinya hari ulangtahun kami sambut dengan keluar makan malam. Hadiahnya pula diberi dihari yang lain. Kemudian di hari yang lain menggunakan alasan ulangtahun untuk memanjakan diri.
Tahun ini suami hadiahkan saya telefon baru untuk ulangtahun perkahwinan kami. Dia kasihan melihat saya menggunakan telefon lama bila telefon saya rosak. Padahal telefonnya sendiri perlu ditukar. Terima kasih abang. Saya pula tiada hadiah istimewa untuknya. Sekadar membelikannya sesuatu sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya dulu.
Biarpun tiada sambutan meriah, tetap saya rasa sambutan ulangtahun kami manis. Saya suka dapat meluangkan masa bersama suami dan anak2.. biarpun sekadar bersantai tidak berbuat apa2.
Subscribe to:
Posts (Atom)