Friday, 11 November 2011

entry buat kekasih hati

Bila bersama, ada saja yang tidak kena. Berselisih, merajuk.. itu perkara biasa. Menuntut waktu dan perhatian tanpa sempadan.
Bila berjauhan, terasa kekurangan. Terasa ada ruang kosong yang tidak lengkap. Mula merindu.. rindu untuk berbicara, rindu berpegangan tangan, rindu tidur berteman, malah rindu bertikam lidah. Mudahnya.. rindu dengan kehadirannya.

Abang,
Bagaimana hendak diluahkan cinta ini? Di sebalik rungutan, tidak kepuasan hati, bebelan, rajukan, tidak sesekali dikesali pertemuan dan jodoh ini. Abang yang terbaik buat sayang. Hidup ini terasa lengkap kerana ada abang. Maaf kerana menuntut perhatian yang terlalu banyak dari abang. Tidak mampu diluahkan dengan kata2, maka sayang menulis disini. Terima kasih untuk kasih sayang abang, pengorbanan abang, kesabaran abang, waktu dan perhatian abang.

Terima kasih kerana memilih sayang, biarpun tiada yang istimewa pada sayang.

No comments:

Post a Comment