Pagi ini saya mengemas bilik. Mengemas atas almari yang bersepah dengan barang. Kemudian mengangkat tilam dan memvakum bilik. Cuma tidak mengemop sahaja. Kemudian menyidai pakaian.
Kedengaran seperti sedikit kerja tapi itupun sudah buat saya keletihan. Benar saya letih hinggakan terasa seperti ingin pitam. Bernafas seperti tidak cukup. Saya agak risau. Kebelakangan ini saya cepat betul keletihan. Buat kerja sedikit dah kena berehat dahulu sebelum menyambung kerja yang lain.
Mungkin pagi ini saya makan sedikit berbanding kerja yang perlu dibuat. Tenaga tidak mencukupi. Mungkin saya cuma perlu makan lebih banyak. Mungkin.
Friday, 14 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Tanpanya
Saya rindu.
Tanpa dia, sunyi rasanya. Sungguh saya sunyi.
Hari yang berlalu terasa lambat.
Adakah dia rasa seperti yang saya rasa?
Wednesday, 12 December 2012
Bergelut dengan diri
Sukarnya bergelut dengan diri sendiri.
Hati dan fikiran saling bercanggah.
Yang satu ingin percaya, yang satu penuh curiga.
Yang satu cuba rasional, yang satu terlalu mengikut rasa sendiri.
Hati, kuatlah.
Jadilah yang indah untuk dirinya,
Kuingin dia bahagia,
Kerana dia lah yang kucinta,

Saturday, 3 November 2012
Jiwa yg satu
Resah,
Gelisah,
Diamuk rasa,
Cuba mencari tenang dibalik kelopak hati.
Hati.. senyumlah.
Thursday, 18 October 2012
Rindu
merindu..
terasa lambatnya masa berlalu..
sayang,
lekaslah pulang.
terasa lambatnya masa berlalu..
sayang,
lekaslah pulang.
Thursday, 4 October 2012
Bermalasan
Dilanda kebosanan dan kemalasan. Lalu duduk santai2 sahaja. Lapar pun lapar juga ni. Tapi tak tahu nak masak apa untuk minum petang.
Mungkin bawa anak2 keluar membeli kuih? Hemphhh...
Mungkin bawa anak2 keluar membeli kuih? Hemphhh...
Monday, 24 September 2012
Kemas mengemas
Rumah sangatlah bersepah-sepah. Dikerjakan dek anak-anak. Aduhlah.. penat saya mengemas pagi tadi. Nampaknya kena mengemas semula.
Anak bujang sayalah punya kerja ni. Campak barang merata-rata. Buli mak sungguh :)
Anak bujang sayalah punya kerja ni. Campak barang merata-rata. Buli mak sungguh :)
Friday, 31 August 2012
Dari hati
Merindu,
Pada si dia,
Pemilik hati belahan jiwa,
Menanti,
Penuh setia,
Untuk mengecap manisnya pertemuan,
Inikah namanya cinta?
Pada si dia,
Pemilik hati belahan jiwa,
Menanti,
Penuh setia,
Untuk mengecap manisnya pertemuan,
Inikah namanya cinta?
Wednesday, 29 August 2012
Mungkin perubahan ini perlu
Mendung pagi ini, membuatkan saya membatalkan hasrat untuk membasuh pakaian. Rumah masih bersepah, sengaja saya melewat-lewatkan untuk mengemas. Kerana memberi peluang anak-anak untuk selesai makan. Maklumlah, anak-anak saya ini kalau makan memang bersepah sana sini.
Kebelakangan ini saya banyak berangan-angan hendak menghias rumah. Suami pun ada bersuara hendak melihat rumah yang lebih kemas dan sedap mata memandang. Sebelum ini memang kami meminimumkan perhiasan rumah, kerana bimbangkan anak-anak yang suka merosakkan barang-barang. Tapi serasanya mungkin saya sudah boleh mula menghias sedikit demi sedikit, agar mereka merasa biasa dengannya dan tidak mengusik perhiasan tersebut.
Minta-mintalah semangat saya ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam kan.
Wednesday, 22 August 2012
Kesederhanaan Aidilfitri kami
Aidilfitri ini kami sambut sederhana dengan keluarga kecil kami. Suami yang tidak dapat bercuti panjang tidak memberi kami kesempatan untuk pulang ke kampung. Begitupun Aidilfitri ini tetap meriah buat kami.
Langsir berganti, ruang tamu berhampar karpet.. terima kasih buat suami yang tidak berkira dan meringankan tulang menolong tatkala saya sibuk di dapur menyediakan juadah raya. Terkadang tidak percaya bahawa kini saya yang menguruskan keluarga sendiri. Saya yang selalunya si pemalas dan keras kepala di dalam keluarga.
Terima kasih suami kerana mempercayai saya untuk menguruskan rumahtangga. Seikhlasnya ianya satu kegembiraan buat saya bila saya boleh menyediakan juadah untuk suami dan anak2.

Monday, 13 August 2012
Syawal yang menjelang
Hujung minggu ini insyaALLAH kita akan menyambut Syawal. Para isteri dan ibu pasti sudah mula sibuk dengan persiapan raya. Buat kuih, kemas rumah, beli baju raya.. Saya? Seperti biasa bersederhana sahaja. Tahun ini kami tidak beli pun baju raya. Ada juga mencari, tapi tiada pula yang bersesuaian. Tak mengapalah.. baju tahun lepas masih ada.
Nampaknya saya perlu mula membuat persiapan.
Nampaknya saya perlu mula membuat persiapan.
Monday, 6 August 2012
as black as the night
Am sleepy.. tired too. But I can't sleep. My heart is aching. The pain is enough to make me awake.
Learn that I am actually a revengeful person. Therefore please don't hurt me.. cause I would return the 'favour'.. double the pain!!
heh. what a black heart. nope. don't want a black heart. so my kind heart.. please smile..

Friday, 27 July 2012
Letih
Hari terasa seakan lewat berlalu. Terfikir-fikir untuk berbuat itu dan ini untuk mengalihkan perhatian, tapi tenaga yang tersisa seakan tiada.
Baru saja saya mengemop lantai pagi tadi saya sudah kehabisan tenaga. Kononnya ingin membuat biskut raya ataupun mencuci kereta petang ini tapi nampaknya tinggal angan2 aje la. Tidak mengapalah. Akan saya buat semuanya perlahan-lahan.

Thursday, 26 July 2012
Bersabarlah duhai hati..
Kebelakangan ini entry saya semuanya duka. Nampaknya saya perlu lebih ceria. Hari ini pun semangat saya merudum sebenarnya. Tapi saya tahu saya perlu kuatkan semangat. Fikirkan yang positif2.
Hati.. senyumlah.
Hati.. senyumlah.
Wednesday, 11 July 2012
Silap sayakah?
Merundum semangat. Terasa bagaikan susah payah tidak dihargai.
Atau mungkin juga saya yang tidak prihatin. Lebih memikirkan diri sendiri hinggakan mengabaikan perasaan orang lain. Mungkin juga 'yang terbaik' saya lakukan itu bukan yang terbaik buat semua, sekadar terbaik buat saya.
Sedih. Semoga kekuatan itu ada.

Thursday, 5 July 2012
Terasa sendiri
Berat hati berjauhan. Risau mengenangkan yang bakal keseorangan. Lantas sehabis usaha menyusun perjalanan agar tidak memakan masa yg lama.
Rupanya, yang gusar itu hanya seorang. Sedangkan empunya diri seakan tidak kisah. Tidak terkesan berjauhan.
Terasa sendiri, rupanya tidaklah sepenting mana. Tidaklah diperlukan seperti yang disangka. Ada tak apa, tak ada pun tiada beza.
Lalu, untuk apa ditanya tangisan ini kerna apa..

Wednesday, 27 June 2012
Bicara tentang cinta
Bicara tentang cinta,
Bicara tentang hati,
Sedalam mana cinta,
Sedekat mana nama terukir dihati,
Tatkala cinta itu sudah tersulam,
Diikat erat ikatan halal,
Setialah,
Setialah,
Setialah.
Bicara tentang hati,
Sedalam mana cinta,
Sedekat mana nama terukir dihati,
Tatkala cinta itu sudah tersulam,
Diikat erat ikatan halal,
Setialah,
Setialah,
Setialah.
Sunday, 24 June 2012
Menanti
Aduhai.. terasa lambat masa berlalu bila dalam penantian.
Cepatlah esok..
Cepatlah esok..
Thursday, 21 June 2012
Sekadar mencatat
Ingin menulis, tetapi entah kenapa hilang ayat untuk disusun. Ingin menulis tentang apa? Entah.
Ingin meluahkan isi hati, tapi berkecamuknya lah haii.. tidak dapat dicari hujung pangkalnya.
Need to clear my mind.
Ingin meluahkan isi hati, tapi berkecamuknya lah haii.. tidak dapat dicari hujung pangkalnya.
Need to clear my mind.
Tuesday, 5 June 2012
Buat si dia
Menitipkan kata buat kekasih,
Si pencuri hati,
Pemilik diri,
Yang telah menjadi separuh diri ini,
i.love.you.so.much.. so.very.much.
Si pencuri hati,
Pemilik diri,
Yang telah menjadi separuh diri ini,
i.love.you.so.much.. so.very.much.
Monday, 21 May 2012
Masih berusaha
Seminggu dua ini kami sibuk benar. Yang meletihkan mental dan fizikal. Tidak mengapalah.. setiap usaha pasti akan ada hasilnya. Kami cuba mencari yang terbaik buat keluarga kecil kami.
Friday, 11 May 2012
Mencari yg terbaik
Masih terlalu banyak untuk difikirkan. Malahan bertambah perihal baru untuk diselesaikan. Semuanya melibatkan duit. Terfikir-fikir untuk mengubah status kerjaya agar ada pendapatan tambahan. Puas menimbang sana sini. Mencari pilihan terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan.
Thursday, 26 April 2012
Disebaliknya
Berdiam diri. Kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan. Perihal itu. Perihal ini. Cuba untuk mempositifkan diri. Mencari sisi indah disebalik kekalutan.
Monday, 23 April 2012
Oh blog telah bertukar...
Oh tidak. Blog setting telah ditukar kepada yang baru (secara automatik). Terkial-kiallah saya hendak memahami blog setting yg baru ni. Aduhaiii...
Opss... baru hendak berblog.. suami dah pulang. Kena sambut ni :) nak bodek ajak keluar malam ni.
Opss... baru hendak berblog.. suami dah pulang. Kena sambut ni :) nak bodek ajak keluar malam ni.
Saturday, 14 April 2012
sebab saya menulis
Nampaknya semakin saya jarang menulis di sini. Bukannya lupa.. sekadar ada masa-masanya saya memilih untuk menyimpan luahan hati saya hanya untuk diri sendiri, kerana itu lebih baik.
Setiap orang punya alasan berbeza untuk menulis. Ada yang menulis sebagai kerana gemar menulis, ada juga yang menulis untuk menjadikannya kenangan, untuk dibaca kembali suatu masa nanti, tidak kurang juga menulis untuk menjadi terkenal.
Saya menulis untuk meluahkan isi hati. Tidak kesemuanya, sekadar cukup untuk saya imbas kembali catatan hidup saya. Cukup untuk saya kenang kembali kisah2 hidup saya. Tentang betapa bahagianya saya. Dikurniakan suami yang mengasihi saya, yang berusaha demi saya dan anak2. Dikurniakan cahayamata yang menjadi belahan jiwa saya. Merekalah senyum saya, merekalah tangis saya. Melihat wajah comel mereka cukup buat saya bahagia. Bila mereka datang bermanja, datang memeluk, cair hati dibuatnya.Putera puteri kesayangan saya.. bila nakal memang menguji kesabaran, tapi pandai juga mereka mengambil hati.

Saturday, 7 April 2012
Bicara soal cinta
Bila berbicara soal cinta, saya paling takut dilukai. Takut orang yang dicintai dan menyintai berubah hati. Sungguh saya tidak mampu.
Bila mendengar cerita kisah suami orang yg diam2 punya kekasih, saya ingin menangis. Kenapa sukar benar untuk setia? Benar isteri itu ada kekurangan.. tetapi bukankah bila kita berkahwin bermakna kita menerima baik buruknya? Kenapa masih perlu dipandang yang lain?
Wahai suami di luar sana...
Bila seorang wanita itu memilih untuk menikahi kamu bermakna dia menyerahkan seluruh hidupnya untuk kamu. Memilih kamu untuk menjadi imamnya, untuk memimpinnya, untuk berkongsi hidup, berkongsi masa depan. Sepertimana kamu mahu dia setia.. setialah padanya seperti itu juga.

Tuesday, 27 March 2012
Cemburu?
Mendapat khabar gembira seorang rakan, aduh cemburunya saya :) Oh jangan salah sangka. Bukan cemburu penuh hasad dengki. Cemburu.. hemphhh.. bagaimana ya nak terangkan? Tumpang gembira dan berdoa semoga saya juga mendapat khabar gembira yang sama ;p
Monday, 26 March 2012
Entry khas buat suami
Saya sebenarnya antara isteri yang beruntung mendapat suami seperti dia.
Tidak kisah berkongsi kerja rumah. Memahami keadaan rumah yang berserabut. Malah tidak keberatan menguruskan anak2.
Terima kasih suami.
Tidak kisah berkongsi kerja rumah. Memahami keadaan rumah yang berserabut. Malah tidak keberatan menguruskan anak2.
Terima kasih suami.
Wednesday, 7 March 2012
Saya yang tidak sempurna
Menilai diri. Terasa peritnya. Kerana mahu dia bahagia. Dari lubuk hati.
Bukan senyum yang dipaksa. Bukan berbuat sesuatu tanpa rela. Demi menjaga hati semata.
Hati.. kenapa susah benar?
Bukan senyum yang dipaksa. Bukan berbuat sesuatu tanpa rela. Demi menjaga hati semata.
Hati.. kenapa susah benar?
Tuesday, 6 March 2012
Di saat terluka
Di saat hati terluka, cubalah mengingati yang manis2. Kerana yang pahit hanya akan menambahkan keperitan dan akan menghiris lebih dalam.
Benar dia tidak akan memahami. Benar dia tidak akan perasan apa2. Benar di matanya tiada apa yg tidak kena.
Lalu, biarkanlah dia. Hargailah diri sendiri. Gembiralah untuk diri sendiri. Carilah alasan untuk memanjakan diri.
Hati, tersenyumlah.

Saturday, 3 March 2012
Angin tidak baik
Saya letih mental dan fizikal. Malas berganda. Tidak bersemangat. Merajuk berpanjangan.
Wednesday, 29 February 2012
Sakit kepala masih bersisa
Kepala saya masih sakit. Agak risau juga bila sakit kepala masih berlegar2 berhari2. Hendak kata tidak cukup tidur, serasanya semalam saya tidur awal. Mungkin juga angin.. kerana tabiat saya yg suka berlengah makan.
Di zaman penyakit pelik2 ni kesihatan harus diberi perhatian.
Di zaman penyakit pelik2 ni kesihatan harus diberi perhatian.
Monday, 27 February 2012
Masih berharap
Soal hati.. kenapa sukar benar?
Biarpun telah kecewa.. kenapa masih mengharap?
Kenapa tetap memberitahu diri peluang masih ada?
Kenapa tetap juga tidak beralah?
Sesungguhnya ALLAH jua yang tahu yang terbaik buat kita.. itu saya pasti.
Biarpun telah kecewa.. kenapa masih mengharap?
Kenapa tetap memberitahu diri peluang masih ada?
Kenapa tetap juga tidak beralah?
Sesungguhnya ALLAH jua yang tahu yang terbaik buat kita.. itu saya pasti.
Friday, 24 February 2012
Healing
The truth is, am still in recovery. My head is hurting slightly, my mood is still down and my heart still aching.
Despite of all these, i tried to remain indifferent. Tried to look as usual as i should. Tried to show that everything is ok.
Hurting heart is not easy to heal.
Despite of all these, i tried to remain indifferent. Tried to look as usual as i should. Tried to show that everything is ok.
Hurting heart is not easy to heal.
Thursday, 23 February 2012
Hanya ini yang ku mampu
Diam. Kerana itu sahaja yang mampu saya lakukan.
Terlalu sakit hinggakan tidak rasa apa2 lagi.
Biarlah. Saya sudah tidak mampu peduli lagi.
Am falling apart.
Terlalu sakit hinggakan tidak rasa apa2 lagi.
Biarlah. Saya sudah tidak mampu peduli lagi.
Am falling apart.
Monday, 20 February 2012
Bicara tanpa senyum
Hujung minggu baru ini agak sibuk bagi kami. Hari Sabtu kami keluar sehari suntuk, dek kerana hal2 yang perlu dihadiri dan diselesaikan. Hari Ahad pula suami membantu mengemas rumah dan kemudiannya kami keluar membawa anak2 bersantai di tepi pantai.. sekadar menikmati angin laut.
Dan sebenarnya mood saya sendiri agak ke laut. Entahlah. Saya rasa penat untuk berkeluh kesah. Mungkin elok dipendamkan saja.
Hati.. tersenyumlah.
p/s : tidak semestinya senyum di bibir bermakna hati turut tersenyum.

Wednesday, 8 February 2012
Hari ini
Hari ini cuaca agak mendung. Sekali sekala langit meluahkan titis hujan, membawa bersama angin dingin. Hari yang romantik. Cuaca begini memang selalu membuat saya bermonolog, berfikir yang indah-indah.
Hidup ini indah.
Hidup ini indah.
Sunday, 5 February 2012
Si kecil
Anak-anak belahan jiwa saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah nikmat ALLAH yang tidak terhingga. Dari sekecil2 tapak kaki, membesar dengan comel, bersama teletah2 nakal yang mengundang geram tapi pada masa yang sama membahagiakan.
Semakin besar mereka, semakin cerdik, semakin masa mereka kurang buat kita. Dahulu, setiap masa mahu dipeluk, sekejap2 minta dimanja, pantang maknya hilang dari mata cepat sahaja mencari. Berebut perhatian dari si ayah tatkala ayah pulang dari kerja. Mandi pun mahu si ayah yang mandikan. Susu pun minta si ayah yang buat.
Anak-anak. Zaman kecil memang amat comel dan membahagiakan.

Tuesday, 31 January 2012
Semuanya dengan izin-Nya
Sebenarnya saya agak kecewa. Sedikit cemburu mendengar khabar gembira kawan2, tapi saya juga tahu semuanya dengan kehendak-Nya jua.
Masih berharap. Semoga ada rezeki kami pula. InsyaALLAH.
Masih berharap. Semoga ada rezeki kami pula. InsyaALLAH.
Tuesday, 24 January 2012
Mencintai
Mencintai,
si dia terasa bagaikan separuh diri,
kosong tanpanya di sisi,
berjauhan mengundang sepi,
indah bilanya menemani,
Mencintai,
seikhlas hati.
si dia terasa bagaikan separuh diri,
kosong tanpanya di sisi,
berjauhan mengundang sepi,
indah bilanya menemani,
Mencintai,
seikhlas hati.
Wednesday, 18 January 2012
Bila sendiri
Dia merenung kosong kertas putih di hadapannya. Fikirannya kosong, sekosong kertas itu. Rasa sunyi yang membalut membuat dia buntu. Ingin melukis untuk meluahkan rasa hati, sayangnya bakat itu tiada. Ingin dicoretkan kata2, serasanya kertas sehelai yang nipis dan kecil itu tidak sesuai pula. Bimbang pula hilang dan dibaca orang. Sudahnya dia menulis senarai barang keperluan yang perlu dibeli.
Sebenarnya dia cuba mengalih perhatiannya dari memikirkan yang bukan-bukan. Hati.. bila sunyi mulalah terlintas yang tidak-tidak. Cuba menjadi seorang yang lebih memahami, ditelannya saja keluh-kesah yang bersarang di dada.
Perkahwinannya bukan baru sehari dua. Malah sudah hampir menginjak belasan tahun. Anak-anak pun sudah bersekolah. Yang paling kecilpun sudah memasuki sekolah rendah. Dia pun sudah masak benar dengan suaminya. Suaminya itu memang tidak pandai membaca gerak gerinya. Perlu diberitahu sekiranya apa2. Terkadang geram juga dia. Masakan tidak, segalanya perlu diberitahu. Jika tidak dianggapnya tiada apa2 berlaku.
Cubaan menulis cerita. Ada bakat tak? (perasannya saya ini) *senyum sendiri*

Wednesday, 11 January 2012
Bosannya saya
Saya berasa agak bosan malam ini. Hendak menonton tv, anak2 sedang menonton rancangan kegemaran pula. Hendak mengadap laptop pun sudah terasa bosan mengadap laptop sedari tadi. Sudahnya mengemaskini blog sambil bermain game.
Hemphhh.. mungkin saya patut mencari hobi yang boleh menambah pendapatan. Apa yerk?
Hemphhh.. mungkin saya patut mencari hobi yang boleh menambah pendapatan. Apa yerk?
Sunday, 8 January 2012
Diri yang perlu diperbaiki
Sepi blog saya ini. Lama tidak menulis di sini. Hampir dua minggu menyepi banyak luahan hati saya biarkan terpendam. Tak mengapalah.
Baru-baru ini saya terbaca blog seorang blogger (iya.. saya seorang silent reader yang tegar) menyentuh mengenai ceramah perhal rumahtangga yang dihadirinya. Saya terfikir.. banyak benar cacat saya sebagai seorang isteri dan ibu. Saya perlu perbaiki diri. Bukan sekadar sebagai isteri atau ibu.. sebagai seorang hamba terutamanya.
Hati.. kuatlah. Janganlah ini sekadar kesedaran yang sebentar cuma.

Subscribe to:
Posts (Atom)