Thursday, 28 July 2011

bila luahan hati tidak lagi peribadi

Menjengah blog2 orang sana sini, tertempias saya dengan berita yang dikongsi. Kebetulan, banyak pula bercerita berkenaan kisah berantakannya hubungan penjaga gol kebangsaan dan tunang. Saya tidak mahu komen banyak tentang itu, cuma saya berdoa semoga mereka dapat berbincang dan lebih memahami satu sama lain.

Di dalam Islam, pertunangan harus dirahsiakan dan perkahwinan hendaklah dihebahkan. Cabaran pertunangan bukan sedikit. Kata orang, darah manis. Bila berkahwin, hebah2kanlah. Mengelakkan fitnah.

Oh bukan itu yang saya ingin bebelkan (^_^) Apa yang ingin saya katakan adalah sikap kami (perempuan) yang gemar menggunakan medium seperti blog dan facebook untuk meluahkan rasa hati. Saya tidak terkecuali. Walaupun sebenarnya saya benar2 berusaha mengelakkan diri dari berbuat demikian. Kerana itulah lahirnya blog ini. Kerana saya ingin meluahkan rasa hati tanpa dinilai, tanpa membuka aib sesiapa. Pun begitu tetap juga saya berusaha tidak terlalu banyak meluahkan rasa hati yang marah atau sedih di sini. Cuma apabila saya benar2 tidak tahan saja.

Kerana itu juga saya berusaha menitipkan cerita2 gembira kami di sini. Sebagai kenangan manis. Kerana suatu hubungan itu bukan hanya ada tawa dan duka, ada perselisihan, ada pemahaman tetapi juga banyak kasih sayang.

No comments:

Post a Comment