Friday, 22 April 2011

my treasure chest

Saya memang suka 'blogwalking'. Membaca kisah orang lain.. kadang kala ianya memberi persepsi tentang hidup pada saya. Melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.. memberi saya peluang menilai sesuatu itu bukan dari mata saya. Dan selalunya kisah mereka mengingatkan saya betapa beruntungnya saya.

Seperti hari ini, terbaca kisah seorang isteri yg suaminya outstation tanpa meninggalkan belanja untuk dia dan anak2 (kerana si isteri bekerja).Mungkin si suami terlupa kerana memikirkan si isteri pasti ada wang belanja sendiri. Terbaca kisah begini buat saya rasa diri ini bertuah. Suami memang selalu outstation.. tapi tidak pernah sekali dia meninggalkan kami anak beranak tanpa dia terlebih dahulu memastikan keperluan kami cukup. Barang dapur, kegunaan harian dan wang belanja. Biarpun kadang kala keluarnya hanya sehari dua.

Saat saya berpantang, cukup dia risau kalau2 saya bentan. Sibuk berpesan agar berhati2 supaya tidak tersepak apa2.  Segala kemahuan saya.. seboleh-bolehnya cuba dituruti. Hati saya.. sehabis2 usaha dia menjaganya.

'biarpun saya kelihatan begini.. saya tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami..'

No comments:

Post a Comment