Saturday, 24 December 2011

Mencari senyuman

Cuaca mendung hari ini, semendung hati saya.
Entahlah.. kebelakangan ini saya tidak gembira. Sensitif tak pasal2, asyik memikirkan perkara merunsingkan diri sendiri. Malam pun saya sukar tido kerana hati saya resah. Kecil hati saya bila dituduh sengaja enggan tido. Mungkin kerana difikirnya saya menagih perhatian. Dia tidak tahu sudah hampir dua minggu saya sukar tido, hanya boleh lena sesudah subuh. Tapi tidak saya  mengadu atau kata apa2.

Kemana semangat saya hilang? Saya ingin tersenyum dari hati seperti dulu. Saya penat asyik begini. Tak mengapalah.. akan saya cari kekuatan untuk tersenyum itu perlahan-lahan. Hidup ini terlalu indah untuk dikeluh kesahkan.

Monday, 12 December 2011

Mencari keyakinan

Terkadang saya bertanya pada diri,
adakah saya ini terlalu mencemburui..
hati yang penuh sangsi..
sukar mempercayai..

ataukah kecemburuan dan kesangsian ini,
sebenarnya detikan naluri seorang isteri..

sungguh saya keliru,
saya ingin yakin, mempercayai,
tetapi kenapa seringkali saya dihimpit sangsi,
hati.. kenapa sukar benar?

Ulangtahun

Diam tak diam ulangtahun perkahwinan kami semakin hampir. Perancangan istimewa? Hemphhh.. saya masih memerah idea. Sebenarnya kami jarang beria2 menyambut hari2 istimewa kami. Baik ulangtahun kelahiran, perkahwinan mahupun tarikh2 istimewa lain. Selalunya kami sekadar meraikan dengan makan2 sesama kami sahaja. Hadiah pun jarang nak bagi. Bukan kerana tidak menghargai tapi mungkin kerana bagi kami bersederhana itu sudah cukup. Yang penting masing2 ingat. Jangan lupa sudah.

p/s : hemphhh.. saya pasti dia masih belum teringat perihal ulangtahun kami ini. tak kata apa2 pun. ini kira peringatan ye suami.

Wednesday, 7 December 2011

For a better me

Sedang cuba memotivasikan diri agar lebih positif.
Sedang cuba memupuk semangat agar lebih kuat.
Sedang cuba melatih hati agar sentiasa tersenyum.

Sedang memberitahu diri bahawa saya pasti mampu.

Senyum :)