Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
tekanan
Rasanya kedua2 kami agak tertekan kebelakangan ini. Dia dengan tekanan kerjanya dan saya pula tertekan bila dia tertekan. hehe.
Kami perlu bercuti. Paling awal pun mungkin sebulan lagi baru dia bole menarik nafas lega (itu pun mungkin). Jadi buat masa ini kami perlu bersabar. InsyaALLAH buah kesabaran itu manis hendaknya.
Kami perlu bercuti. Paling awal pun mungkin sebulan lagi baru dia bole menarik nafas lega (itu pun mungkin). Jadi buat masa ini kami perlu bersabar. InsyaALLAH buah kesabaran itu manis hendaknya.
Tuesday, 26 April 2011
bila perlu membuat pilihan
Serba salah. Jawapannya sebenarnya sudah ada tapi saya terlalu mementingkan diri sendiri untuk bersetuju dengan mana2 keputusan.
Pada satu pilihan, saya terlalu mementingkan diri sendiri tidak mahu ditinggalkan. Tetapi untuk memilih keputusan yang satu lagi, saya juga masih mementingkan diri sendiri tidak mahu dia tinggal sendirian.
Lalu bagaimana?

Monday, 25 April 2011
stress
saya perlu kembali belajar cara untuk menangani tekanan :)
dulu saya akan ambil masa untuk melakukan benda yg saya suka sebagai salah satu caranya. Sekarang tumpuan saya bukan lagi pada diri saya.. the meaning of 'me time' itself is different now so i need to find a new way.
apa yang saya mahu? hemphhhh... pikir.. pikir..

Friday, 22 April 2011
my treasure chest
Saya memang suka 'blogwalking'. Membaca kisah orang lain.. kadang kala ianya memberi persepsi tentang hidup pada saya. Melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.. memberi saya peluang menilai sesuatu itu bukan dari mata saya. Dan selalunya kisah mereka mengingatkan saya betapa beruntungnya saya.
Seperti hari ini, terbaca kisah seorang isteri yg suaminya outstation tanpa meninggalkan belanja untuk dia dan anak2 (kerana si isteri bekerja).Mungkin si suami terlupa kerana memikirkan si isteri pasti ada wang belanja sendiri. Terbaca kisah begini buat saya rasa diri ini bertuah. Suami memang selalu outstation.. tapi tidak pernah sekali dia meninggalkan kami anak beranak tanpa dia terlebih dahulu memastikan keperluan kami cukup. Barang dapur, kegunaan harian dan wang belanja. Biarpun kadang kala keluarnya hanya sehari dua.
Saat saya berpantang, cukup dia risau kalau2 saya bentan. Sibuk berpesan agar berhati2 supaya tidak tersepak apa2. Segala kemahuan saya.. seboleh-bolehnya cuba dituruti. Hati saya.. sehabis2 usaha dia menjaganya.
'biarpun saya kelihatan begini.. saya tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami..'
Thursday, 14 April 2011
bila hati menjadi emosi
Malam ini tiba2 saya menjadi emosional. Oh.. bukan sedih sebaliknya lebih kepada perasaan terharu.
Anak2.. permata hati saya. Dia.. penakluk hati saya.
Anak2.. penyeri hari2 saya. Dia.. kekuatan saya menghadapi hari2 yg mendatang.
Alhamdulillah.. ALLAH kurniakan mereka pada saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa mereka.

Thursday, 7 April 2011
kecewa
Bagaimanalah hati dapat tenang.. bila mengetahui bahawa diri tidak diperlukan.
Kenapa saya bersusah payah risau akan dia padahal dia sendiri tidak pun kisah.
Kenapa saya bersusah payah risau akan dia padahal dia sendiri tidak pun kisah.
Tuesday, 5 April 2011
saya yg tidak sempurna
Sebagai isteri, saya tidak sempurna. Pasti ada kurang dimana2. Nak2 pula masa saya tengah marah. Lagiiiii la kurang layanan saya. Senyum pun tak mampu. Saya malas nak mengamuk tapi saya akan buat tak tahu.
Maaf ya suamiku.
Terima kasih untuk kesabaran itu.
Maaf ya suamiku.
Terima kasih untuk kesabaran itu.
Friday, 1 April 2011
luahan kurang gembira
Hari ni mood saya kurang baik. Tidaklah nk marah2 cuma sekadar kurang bersemangat saja. Dapat pula khabar yg kurang menggembirakan. Aduhh.. saya xnak kurang bersemangat macam ni. Hati.. kuatlah. Mak pernah kata.. saya hati kering. Jadi.. saya pasti mampu harunginya..
Saya ingin tersenyum biarpun hati saya menangis..
Saya ingin tersenyum biarpun hati saya menangis..
Subscribe to:
Posts (Atom)