Thursday, 26 April 2012
Disebaliknya
Berdiam diri. Kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan. Perihal itu. Perihal ini. Cuba untuk mempositifkan diri. Mencari sisi indah disebalik kekalutan.
Monday, 23 April 2012
Oh blog telah bertukar...
Oh tidak. Blog setting telah ditukar kepada yang baru (secara automatik). Terkial-kiallah saya hendak memahami blog setting yg baru ni. Aduhaiii...
Opss... baru hendak berblog.. suami dah pulang. Kena sambut ni :) nak bodek ajak keluar malam ni.

Saturday, 14 April 2012
sebab saya menulis
Nampaknya semakin saya jarang menulis di sini. Bukannya lupa.. sekadar ada masa-masanya saya memilih untuk menyimpan luahan hati saya hanya untuk diri sendiri, kerana itu lebih baik.
Setiap orang punya alasan berbeza untuk menulis. Ada yang menulis sebagai kerana gemar menulis, ada juga yang menulis untuk menjadikannya kenangan, untuk dibaca kembali suatu masa nanti, tidak kurang juga menulis untuk menjadi terkenal.
Saya menulis untuk meluahkan isi hati. Tidak kesemuanya, sekadar cukup untuk saya imbas kembali catatan hidup saya. Cukup untuk saya kenang kembali kisah2 hidup saya. Tentang betapa bahagianya saya. Dikurniakan suami yang mengasihi saya, yang berusaha demi saya dan anak2. Dikurniakan cahayamata yang menjadi belahan jiwa saya. Merekalah senyum saya, merekalah tangis saya. Melihat wajah comel mereka cukup buat saya bahagia. Bila mereka datang bermanja, datang memeluk, cair hati dibuatnya.Putera puteri kesayangan saya.. bila nakal memang menguji kesabaran, tapi pandai juga mereka mengambil hati.

Saturday, 7 April 2012
Bicara soal cinta
Bila berbicara soal cinta, saya paling takut dilukai. Takut orang yang dicintai dan menyintai berubah hati. Sungguh saya tidak mampu.
Bila mendengar cerita kisah suami orang yg diam2 punya kekasih, saya ingin menangis. Kenapa sukar benar untuk setia? Benar isteri itu ada kekurangan.. tetapi bukankah bila kita berkahwin bermakna kita menerima baik buruknya? Kenapa masih perlu dipandang yang lain?
Wahai suami di luar sana...
Bila seorang wanita itu memilih untuk menikahi kamu bermakna dia menyerahkan seluruh hidupnya untuk kamu. Memilih kamu untuk menjadi imamnya, untuk memimpinnya, untuk berkongsi hidup, berkongsi masa depan. Sepertimana kamu mahu dia setia.. setialah padanya seperti itu juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)