Sebenarnya saya agak kecewa. Sedikit cemburu mendengar khabar gembira kawan2, tapi saya juga tahu semuanya dengan kehendak-Nya jua.
Masih berharap. Semoga ada rezeki kami pula. InsyaALLAH.
Tuesday, 31 January 2012
Tuesday, 24 January 2012
Mencintai
Mencintai,
si dia terasa bagaikan separuh diri,
kosong tanpanya di sisi,
berjauhan mengundang sepi,
indah bilanya menemani,
Mencintai,
seikhlas hati.
si dia terasa bagaikan separuh diri,
kosong tanpanya di sisi,
berjauhan mengundang sepi,
indah bilanya menemani,
Mencintai,
seikhlas hati.
Wednesday, 18 January 2012
Bila sendiri
Dia merenung kosong kertas putih di hadapannya. Fikirannya kosong, sekosong kertas itu. Rasa sunyi yang membalut membuat dia buntu. Ingin melukis untuk meluahkan rasa hati, sayangnya bakat itu tiada. Ingin dicoretkan kata2, serasanya kertas sehelai yang nipis dan kecil itu tidak sesuai pula. Bimbang pula hilang dan dibaca orang. Sudahnya dia menulis senarai barang keperluan yang perlu dibeli.
Sebenarnya dia cuba mengalih perhatiannya dari memikirkan yang bukan-bukan. Hati.. bila sunyi mulalah terlintas yang tidak-tidak. Cuba menjadi seorang yang lebih memahami, ditelannya saja keluh-kesah yang bersarang di dada.
Perkahwinannya bukan baru sehari dua. Malah sudah hampir menginjak belasan tahun. Anak-anak pun sudah bersekolah. Yang paling kecilpun sudah memasuki sekolah rendah. Dia pun sudah masak benar dengan suaminya. Suaminya itu memang tidak pandai membaca gerak gerinya. Perlu diberitahu sekiranya apa2. Terkadang geram juga dia. Masakan tidak, segalanya perlu diberitahu. Jika tidak dianggapnya tiada apa2 berlaku.
Cubaan menulis cerita. Ada bakat tak? (perasannya saya ini) *senyum sendiri*

Wednesday, 11 January 2012
Bosannya saya
Saya berasa agak bosan malam ini. Hendak menonton tv, anak2 sedang menonton rancangan kegemaran pula. Hendak mengadap laptop pun sudah terasa bosan mengadap laptop sedari tadi. Sudahnya mengemaskini blog sambil bermain game.
Hemphhh.. mungkin saya patut mencari hobi yang boleh menambah pendapatan. Apa yerk?

Sunday, 8 January 2012
Diri yang perlu diperbaiki
Sepi blog saya ini. Lama tidak menulis di sini. Hampir dua minggu menyepi banyak luahan hati saya biarkan terpendam. Tak mengapalah.
Baru-baru ini saya terbaca blog seorang blogger (iya.. saya seorang silent reader yang tegar) menyentuh mengenai ceramah perhal rumahtangga yang dihadirinya. Saya terfikir.. banyak benar cacat saya sebagai seorang isteri dan ibu. Saya perlu perbaiki diri. Bukan sekadar sebagai isteri atau ibu.. sebagai seorang hamba terutamanya.
Hati.. kuatlah. Janganlah ini sekadar kesedaran yang sebentar cuma.

Subscribe to:
Posts (Atom)