Kepala saya masih sakit. Agak risau juga bila sakit kepala masih berlegar2 berhari2. Hendak kata tidak cukup tidur, serasanya semalam saya tidur awal. Mungkin juga angin.. kerana tabiat saya yg suka berlengah makan.
Di zaman penyakit pelik2 ni kesihatan harus diberi perhatian.
Wednesday, 29 February 2012
Monday, 27 February 2012
Masih berharap
Soal hati.. kenapa sukar benar?
Biarpun telah kecewa.. kenapa masih mengharap?
Kenapa tetap memberitahu diri peluang masih ada?
Kenapa tetap juga tidak beralah?
Sesungguhnya ALLAH jua yang tahu yang terbaik buat kita.. itu saya pasti.
Biarpun telah kecewa.. kenapa masih mengharap?
Kenapa tetap memberitahu diri peluang masih ada?
Kenapa tetap juga tidak beralah?
Sesungguhnya ALLAH jua yang tahu yang terbaik buat kita.. itu saya pasti.
Friday, 24 February 2012
Healing
The truth is, am still in recovery. My head is hurting slightly, my mood is still down and my heart still aching.
Despite of all these, i tried to remain indifferent. Tried to look as usual as i should. Tried to show that everything is ok.
Hurting heart is not easy to heal.
Despite of all these, i tried to remain indifferent. Tried to look as usual as i should. Tried to show that everything is ok.
Hurting heart is not easy to heal.
Thursday, 23 February 2012
Hanya ini yang ku mampu
Diam. Kerana itu sahaja yang mampu saya lakukan.
Terlalu sakit hinggakan tidak rasa apa2 lagi.
Biarlah. Saya sudah tidak mampu peduli lagi.
Am falling apart.
Terlalu sakit hinggakan tidak rasa apa2 lagi.
Biarlah. Saya sudah tidak mampu peduli lagi.
Am falling apart.
Monday, 20 February 2012
Bicara tanpa senyum
Hujung minggu baru ini agak sibuk bagi kami. Hari Sabtu kami keluar sehari suntuk, dek kerana hal2 yang perlu dihadiri dan diselesaikan. Hari Ahad pula suami membantu mengemas rumah dan kemudiannya kami keluar membawa anak2 bersantai di tepi pantai.. sekadar menikmati angin laut.
Dan sebenarnya mood saya sendiri agak ke laut. Entahlah. Saya rasa penat untuk berkeluh kesah. Mungkin elok dipendamkan saja.
Hati.. tersenyumlah.
p/s : tidak semestinya senyum di bibir bermakna hati turut tersenyum.

Wednesday, 8 February 2012
Hari ini
Hari ini cuaca agak mendung. Sekali sekala langit meluahkan titis hujan, membawa bersama angin dingin. Hari yang romantik. Cuaca begini memang selalu membuat saya bermonolog, berfikir yang indah-indah.
Hidup ini indah.
Hidup ini indah.
Sunday, 5 February 2012
Si kecil
Anak-anak belahan jiwa saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah nikmat ALLAH yang tidak terhingga. Dari sekecil2 tapak kaki, membesar dengan comel, bersama teletah2 nakal yang mengundang geram tapi pada masa yang sama membahagiakan.
Semakin besar mereka, semakin cerdik, semakin masa mereka kurang buat kita. Dahulu, setiap masa mahu dipeluk, sekejap2 minta dimanja, pantang maknya hilang dari mata cepat sahaja mencari. Berebut perhatian dari si ayah tatkala ayah pulang dari kerja. Mandi pun mahu si ayah yang mandikan. Susu pun minta si ayah yang buat.
Anak-anak. Zaman kecil memang amat comel dan membahagiakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)