Hari ini anak kecil saya menyentuh hati saya dengan telatah comelnya.
Dia menemui pengasah pensel milik saya lalu diambilnya pensel warna milik kakaknya lalu diasah pensel warna itu. Begitu gembira dia memusing pengasah itu (iya.. dia memusing pengasah bukannya pensel) walaupun usahanya tidak membuahkan hasil. Setelah 'siap' dikeluarkan pensel lalu cuba menulis. Tersenyum saya sendiri mendengarkan 'eh?' dari mulutnya bila didapati pensel warna itu tidak memberi apa2 kesan.
Lalu saya ambil pengasah tersebut dan mengasah warna yang lain untuknya. Gembiranya dia melihat saya mengasah hinggakan berulang-ulang dia membawakan pensel warna yang rata-ratanya patah untuk saya asah. Dan setiap kali dia menghulurkan pensel warna yang patah pada saya wajahnya ceria. Bersinar matanya menghulurkan warna sambil berkata 'Ni'. Setiap kali.
Tersentuh saya melihat kegembiraan yang ditemuinya hanya melalui mengasah pensel.
Kids see this world from smiling eyes, that's why even simple thing is wonderful to them. We should learn from our kids,shouldn't we?
Wednesday, 30 January 2013
Monday, 7 January 2013
Meraikan cinta
2013 telahpun berlalu beberapa hari. Semenjak pertengahan Disember blog saya sunyi tanpa entry baru.
Pertengahan Disember lalu ulangtahun perkahwinan kami. Tiada sambutan meriah tapi kami menyambutnya berhari-hari. Manakan tidak.. suami sibuk dengan kerja. Jadinya hari ulangtahun kami sambut dengan keluar makan malam. Hadiahnya pula diberi dihari yang lain. Kemudian di hari yang lain menggunakan alasan ulangtahun untuk memanjakan diri.
Tahun ini suami hadiahkan saya telefon baru untuk ulangtahun perkahwinan kami. Dia kasihan melihat saya menggunakan telefon lama bila telefon saya rosak. Padahal telefonnya sendiri perlu ditukar. Terima kasih abang. Saya pula tiada hadiah istimewa untuknya. Sekadar membelikannya sesuatu sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya dulu.
Biarpun tiada sambutan meriah, tetap saya rasa sambutan ulangtahun kami manis. Saya suka dapat meluangkan masa bersama suami dan anak2.. biarpun sekadar bersantai tidak berbuat apa2.
Subscribe to:
Posts (Atom)