Bila bersama, ada saja yang tidak kena. Berselisih, merajuk.. itu perkara biasa. Menuntut waktu dan perhatian tanpa sempadan.
Bila berjauhan, terasa kekurangan. Terasa ada ruang kosong yang tidak lengkap. Mula merindu.. rindu untuk berbicara, rindu berpegangan tangan, rindu tidur berteman, malah rindu bertikam lidah. Mudahnya.. rindu dengan kehadirannya.
Abang,
Bagaimana hendak diluahkan cinta ini? Di sebalik rungutan, tidak kepuasan hati, bebelan, rajukan, tidak sesekali dikesali pertemuan dan jodoh ini. Abang yang terbaik buat sayang. Hidup ini terasa lengkap kerana ada abang. Maaf kerana menuntut perhatian yang terlalu banyak dari abang. Tidak mampu diluahkan dengan kata2, maka sayang menulis disini. Terima kasih untuk kasih sayang abang, pengorbanan abang, kesabaran abang, waktu dan perhatian abang.
Terima kasih kerana memilih sayang, biarpun tiada yang istimewa pada sayang.
Friday, 11 November 2011
rindu kamu
Diikutkan hati, terasa tak mampu lagi. Tapi dikuatkan juga.
Mengharap, biarpun tidak pasti.
Kerana masa yang berlalu terasa lambat tanpa harapan.
My one piece, return safely to me.
Mengharap, biarpun tidak pasti.
Kerana masa yang berlalu terasa lambat tanpa harapan.
My one piece, return safely to me.
Wednesday, 9 November 2011
Pujukan buat diri
Kalaulah saya ini anak kecil, pasti saya sudah merengek-rengek. Mengadu domba dengan suami. Tapi kasihan juga dengan dia. Tahu dia pun serba salah. Lalu saya pun berpura-pura tidak kisah. Walaupun sebenarnya sangatlah kisah :)
Tak mengapalah. Bersabarlah. Pasti ada manis dihujungnya nanti :)
Tak mengapalah. Bersabarlah. Pasti ada manis dihujungnya nanti :)
Thursday, 3 November 2011
Hati.. tersenyumlah
Dua tiga hari ni memang angin saya tidak baik. Nak menulis pun tiada mood. Jadi saya memilih untuk berdiam, bimbang jika diturutkan rasa hati banyak pula luahan hati yang tidak patut disuarakan terluah. Maklum, hati dikala gelisah memang rasa nak meluahkan segala.
Hari ini, dengan izin-NYA saya harap lebih baik. Cuba mencari titik positif yang semoga dapat menjadi kekuatan untuk melihat hari ini dengan hati yang lebih gembira.
Hari ini, dengan izin-NYA saya harap lebih baik. Cuba mencari titik positif yang semoga dapat menjadi kekuatan untuk melihat hari ini dengan hati yang lebih gembira.
Subscribe to:
Posts (Atom)