Aduhla.. makin lama makin sunyi blog saya ini. Mungkin kerana dua tiga minggu ini perhatian saya lebih kepada berhari raya maka terabailah sedikit rahsia hati saya ini.
Sebenarnya beberapa hari sebelum raya saya sudah tidak online kerana pulang bercuti raya di kampung halaman. Sakan berhari raya, langsung tak teringat nak berblog. Bila habis cuti, dia pula sibuk kerja. Maklumlah dah bercuti sakan, kenalah 'cover' balik kerja kan :) Dan perlahan-lahan rutin kami mula kembali ke asal. Lantas.. nah saya kembali ke sini.
Sedikit luahan hati saya sepanjang raya ini :
~saya gembira bila dia bercuti. kerana kami dapat meluangkan masa bersama2 tanpa perlu risau hal2 berkenaan kerja.
~seronoknya kali ini dapat sambut hari raya di kampung, berkumpul beramai2 adik beradik semua. Meriah. Apalagi.. kami sibuk mengemaskini cerita masing2.. bergosiplah.hehe.
~sibuk ke sana sini beraya di rumah saudara mara, terasa macam tak cukup masa.
~kuih raya saya tak berapa menjadi kali ni. Sedih tau. Buat pun dua jenis je. Dia pun macam tak bagi sokongan je bila saya nak buat kuih.
~puas hati dapat makan sedap2.. mak masak. hehe
No comments:
Post a Comment