Lama betul saya tidak membuka blog ini, hinggakan hampir terlupa password. Itulah.. hendak dikatakan sibuk, tidaklah sesibuk mana pun. Entah kenapa semenjak Ramadhan ini mood saya untuk menulis blog agak kurang. Mungkin kerana lebih menumpukan perhatian pada urusan rumah sehari2.
Seminggu lebih lagi sebelum Syawal tiba. Persiapan Aidilfitri kami sedang2 aje. Tidak mahu membazir. Malah saya tidak langsung membeli hatta sehelai bajupun untuk diri saya. Kerana tidak perlu. Kuih raya pun baru buat sejenis. Bersederhana sahaja sambutan kami.
No comments:
Post a Comment