Sunday, 27 February 2011

Sexy Hubby

It's Sunday nite but nothing much to watch on tv. So we end up watching 'Serasi Bersama'. One of the question asked to the contestant was which part of the husband is the sexiest to the wife. Hearing the question, hubby turned to me and asked, 'So..which part of ME do you think is the sexiest?'
'Hemphh..' I'm mingled a bit. Want to tease him.
'The tummy..' I said jokingly. He looked at his tummy. Surprise maybe.
'Why is it sexy?' Hahaha.. he believed me!
'Of course. Your tummy keep moving forward (like a pregnant women I mean). That why it is sexy.' and oh how I laugh..only in my heart though! Hahaha.


Well.. the truth is, the sexiest thing he has is his eyes. The way he look at me, the way he stares.. he can make me blush with embarassment.


But then, when his angry his eyes flares like fire. You can feels the anger just by looking at his eyes. That's why I always avoid looking at his eyes when he is angry. Cos sometimes it's hurt.

Thursday, 24 February 2011

kami

Saya rindukan dia. Dan bila rindu itu tiba, mulalah teringatkan semua kenangan bersamanya.

Perkahwinan kami baru setahun jagung. Masih lagi mencari keserasian. Dan saya akui, saya masih lagi belajar untuk menjadi yg lebih baik untuknya. Dalam perkahwinan kami, sayalah yang lebih degil. Malah lebih mementingkan diri. Mudah tersinggung dan merajuk tak semena2. Sudahlah sukar dipujuk.

Di awal perkahwinan dulu, dialah selalu beralah. Dan sebenarnya dia masih lagi beralah. Tapi sekarang dia sudah tidak mudah mengalah. Dulu, tak jemu dia memujuk. Sekarang, dimarahnya dahulu baru dipujuk. Saya tidak menyalahkan dia. Siapalah yg tahan bila isteri asyik2 merajuk.. tanpa sebab pula. Sebab itulah sekarang saya cuba mengawal diri. Kalau merajukpun, saya cuba untuk tidak memanjangkannya. Tapi tetap mahu dipujuk. Payah saya ini.

Semoga dia mampu bersabar dengan saya.

Wednesday, 23 February 2011

bila dalam penantian

Masa dah mula terasa lambat. Tak sabar2 nak tunggu dia balik. Tanpa dia, rasanya separuh diri saya hilang. Nak wat apapun tak semangat.

Yang sebenarnya setiap kali dia outstation, saya sentiasa dalam kerisauan. Selagi tak dapat berita dia dah selamat sampai, kerisauan itu sentiasa ada. Itulah yg menyebabkan saya tak sabar2 menunggu dia balik. Supaya saya tahu dia selamat.

Well.. that.. beside the fact that I want to tell him that I love him..

Tuesday, 22 February 2011

Bila dia outstation

Dah 3 ari tak jumpa dia. Dan dah 2 ari tak dapat cakap dengan dia. Memang macam ni la kalo dia 'outstation'. Saya masih bertahan. Saya cuba tidak memikirkan dia sangat. Kalo tidak memang terasa betul dia takde. Rindu tak payah katalah.

Cepatlah dia balik.

Saturday, 19 February 2011

saya benci begini

Malam telah pun beransur awal pagi. Mata masih enggan lelap. Hati saya resah. Terlalu banyak yg difikirkan. Saya perlukan teman untuk berbual2. Untuk mengalih fikiran saya dari memikirkan yg bukan2. Dan dia berjanji untuk menemani saya malam ini. Tapi dia telahpun lena bersulam mimpi.

Terasa agak kecewa. Tapi saya tidak mampu marah. Merajuk.. mungkin. Saya tahu dia letih berkerja siang tadi. Malah esok masih perlu ke tempat keje lagi. Sudahlah Ahad gilirannya untuk bertugas. Dan kesibukannya akan terus bersambung ke minggu depan.

Saya berbelah bagi. Saya ingin menjadi isteri yg baik untuknya. Yang memahami dan menyokong dia. Tapi kedegilan saya mendesak untuk dimanjakan. Menagih perhatian.

Hati.. kuatlah.

Friday, 18 February 2011

Untuk apa

Bila hati bicara, sungguh ingin meluahkan. Tanpa mahu dinilai. Tanpa perlu memikirkan apa-apa.

Di sini saya letakkan bicara rahsia hati saya.