Thursday, 16 June 2011

Blog yang menyimpan kenangan

Saya gemar menulis, meluahkan rasa hati. Dahulu saya memilih untuk menulis diari, kini saya membuat diari alam maya pula. Diam tak diam saya ada 4 blog (iye cik abg.. ada 4) termasuk 1 blog rahsia yg hanya saya seorang yang tahu (jgn marah ye cik abg).

Blog tu pun dah lama terbiar. Sebabnya saya lupa password. Nak buat password baru, email untuk blog itu pun saya dah lupa passwordnya (sungguh saya ini pelupa). Entry saya yang terakhir tahun 2007, itu pun sekadar 1 entry.

Lama saya tak jengah blog tu. Hari ini entah macamana boleh pula saya teringat nak menjengah ke situ. Membaca balik apa yang saya tulis, terlintas betapa baiknya bahasa inggeris saya dahulu berbanding sekarang. Blog itu sebenarnya hampir 90% ditulis dalam bahasa inggeris. Saya bukan mengagung2kan bahasa inggeris tetapi entah kenapa bila saya emosi, saya lebih pantas mengarang ayat dalam bahasa inggeris. Mungkin kerana saya berasa bahasa melayu lebih sopan dan indah, jadi tidak sesuai untuk emosi saya yg gila2 (^_^)

Mungkin kerana tahu blog itu tidak akan dibaca oleh sesiapa yang mengenali saya, saya berasa bebas meluahkan perasaan saya di situ. Cara penulisan saya juga lebih bebas. Mungkin kerana itu saya boleh mengarang dengan lebih baik di situ. Dan sejujurnya, di situlah saya meluahkan perasaan sebenar saya. Kecuali untuk 1 entry (saya dengan bengongnya telah menokok tambah ayat yang tidak melambangkan perasaan saya semata2 untuk kedengaran lebih dramatik).

Buat suami - di situlah sebenarnya saya meluahkan perasaan ketika awal pertemuan kita dahulu. Segala kekeliruan.. ketidakpastian.. harapan.. dan penerimaan. Blog itu akan saya simpan sebagai diari yang menyimpan kenangan awal kisah kita dulu.

No comments:

Post a Comment