Saya rindukan dia. Dan bila rindu itu tiba, mulalah teringatkan semua kenangan bersamanya.
Perkahwinan kami baru setahun jagung. Masih lagi mencari keserasian. Dan saya akui, saya masih lagi belajar untuk menjadi yg lebih baik untuknya. Dalam perkahwinan kami, sayalah yang lebih degil. Malah lebih mementingkan diri. Mudah tersinggung dan merajuk tak semena2. Sudahlah sukar dipujuk.
Di awal perkahwinan dulu, dialah selalu beralah. Dan sebenarnya dia masih lagi beralah. Tapi sekarang dia sudah tidak mudah mengalah. Dulu, tak jemu dia memujuk. Sekarang, dimarahnya dahulu baru dipujuk. Saya tidak menyalahkan dia. Siapalah yg tahan bila isteri asyik2 merajuk.. tanpa sebab pula. Sebab itulah sekarang saya cuba mengawal diri. Kalau merajukpun, saya cuba untuk tidak memanjangkannya. Tapi tetap mahu dipujuk. Payah saya ini.
Semoga dia mampu bersabar dengan saya.
No comments:
Post a Comment