Pagi ini saya mengemas bilik. Mengemas atas almari yang bersepah dengan barang. Kemudian mengangkat tilam dan memvakum bilik. Cuma tidak mengemop sahaja. Kemudian menyidai pakaian.
Kedengaran seperti sedikit kerja tapi itupun sudah buat saya keletihan. Benar saya letih hinggakan terasa seperti ingin pitam. Bernafas seperti tidak cukup. Saya agak risau. Kebelakangan ini saya cepat betul keletihan. Buat kerja sedikit dah kena berehat dahulu sebelum menyambung kerja yang lain.
Mungkin pagi ini saya makan sedikit berbanding kerja yang perlu dibuat. Tenaga tidak mencukupi. Mungkin saya cuma perlu makan lebih banyak. Mungkin.
Friday, 14 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Tanpanya
Saya rindu.
Tanpa dia, sunyi rasanya. Sungguh saya sunyi.
Hari yang berlalu terasa lambat.
Adakah dia rasa seperti yang saya rasa?
Wednesday, 12 December 2012
Bergelut dengan diri
Sukarnya bergelut dengan diri sendiri.
Hati dan fikiran saling bercanggah.
Yang satu ingin percaya, yang satu penuh curiga.
Yang satu cuba rasional, yang satu terlalu mengikut rasa sendiri.
Hati, kuatlah.
Jadilah yang indah untuk dirinya,
Kuingin dia bahagia,
Kerana dia lah yang kucinta,
Hati dan fikiran saling bercanggah.
Yang satu ingin percaya, yang satu penuh curiga.
Yang satu cuba rasional, yang satu terlalu mengikut rasa sendiri.
Hati, kuatlah.
Jadilah yang indah untuk dirinya,
Kuingin dia bahagia,
Kerana dia lah yang kucinta,
Subscribe to:
Posts (Atom)