Wednesday, 28 September 2011

bila rutin itu berulang lagi

Tak seronoknye bila ingat minggu depan. Tapi takpe lah.. itu pengorbanan namanya. Amboii.. pengorbanan ye. Tidaklah sehebat itu sebenarnya, sekadar rutin yang menuntut kefahaman dan kesabaran. Itu sahaja.

Saya perlukan perancangan. Nak buat apa ye?

Saturday, 24 September 2011

ingin mencari hobi barulah

Saya memang cepat bosan kalau dia tak ada. Kalau dia ada pun dia akan selalu bawa kami anak beranak keluar berjalan2. Kadang kala malam2 sekadar keluar tanpa niat nak ke mana2. Inikan pula dia tak ada berhari2 berminggu2. Lagilah tahap kebosanan saya bertambah tinggi. Jadi serasanya saya perlukan hobi baru. Hobi apa ye yang berbaloi (tak habiskan duit dan boleh jimat)?

-saya tak ada idea nak menulis sebenarnya ni. sekadar ingin mengemaskini blog :) itu yang menulis ikut suka je ni

Tuesday, 20 September 2011

Baru nak bercerita kisah raya

Aduhla.. makin lama makin sunyi blog saya ini. Mungkin kerana dua tiga minggu ini perhatian saya lebih kepada berhari raya maka terabailah sedikit rahsia hati saya ini.

Sebenarnya beberapa hari sebelum raya saya sudah tidak online kerana pulang bercuti raya di kampung halaman. Sakan berhari raya, langsung tak teringat nak berblog. Bila habis cuti, dia pula sibuk kerja. Maklumlah dah bercuti sakan, kenalah 'cover' balik kerja kan :) Dan perlahan-lahan rutin kami mula kembali ke asal. Lantas.. nah saya kembali ke sini.

Sedikit luahan hati saya sepanjang raya ini :
~saya gembira bila dia bercuti. kerana kami dapat meluangkan masa bersama2 tanpa perlu risau hal2 berkenaan kerja.
~seronoknya kali ini dapat sambut hari raya di kampung, berkumpul beramai2 adik beradik semua. Meriah. Apalagi.. kami sibuk mengemaskini cerita masing2.. bergosiplah.hehe.
~sibuk ke sana sini beraya di rumah saudara mara, terasa macam tak cukup masa.
~kuih raya saya tak berapa menjadi kali ni. Sedih tau. Buat pun dua jenis je. Dia pun macam tak bagi sokongan je bila saya nak buat kuih.
~puas hati dapat makan sedap2.. mak masak. hehe

Saturday, 10 September 2011

that dark side of me

Saya adalah seorang yang keras kepala. Mudah tersinggung. Cepat merajuk. Susah dipujuk. And lately (the lately refers to the last 5 years) I found out that I am a darn selfish woman.

Oh I do know my negative side. And I wish hard that I could gain control over them. I know his patience has wearing thin. I can see it. And I am afraid that one day he just couldn't take it anymore.

And when that time come, I have no one to blame but myself.