Dia merenung kosong kertas putih di hadapannya. Fikirannya kosong, sekosong kertas itu. Rasa sunyi yang membalut membuat dia buntu. Ingin melukis untuk meluahkan rasa hati, sayangnya bakat itu tiada. Ingin dicoretkan kata2, serasanya kertas sehelai yang nipis dan kecil itu tidak sesuai pula. Bimbang pula hilang dan dibaca orang. Sudahnya dia menulis senarai barang keperluan yang perlu dibeli.
Sebenarnya dia cuba mengalih perhatiannya dari memikirkan yang bukan-bukan. Hati.. bila sunyi mulalah terlintas yang tidak-tidak. Cuba menjadi seorang yang lebih memahami, ditelannya saja keluh-kesah yang bersarang di dada.
Perkahwinannya bukan baru sehari dua. Malah sudah hampir menginjak belasan tahun. Anak-anak pun sudah bersekolah. Yang paling kecilpun sudah memasuki sekolah rendah. Dia pun sudah masak benar dengan suaminya. Suaminya itu memang tidak pandai membaca gerak gerinya. Perlu diberitahu sekiranya apa2. Terkadang geram juga dia. Masakan tidak, segalanya perlu diberitahu. Jika tidak dianggapnya tiada apa2 berlaku.
Cubaan menulis cerita. Ada bakat tak? (perasannya saya ini) *senyum sendiri*
No comments:
Post a Comment