Sunday, 5 February 2012

Si kecil

Anak-anak belahan jiwa saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah nikmat ALLAH yang tidak terhingga. Dari sekecil2 tapak kaki, membesar dengan comel, bersama teletah2 nakal yang mengundang geram tapi pada masa yang sama membahagiakan.

Semakin besar mereka, semakin cerdik, semakin masa mereka kurang buat kita. Dahulu, setiap masa mahu dipeluk, sekejap2 minta dimanja, pantang maknya hilang dari mata cepat sahaja mencari. Berebut perhatian dari si ayah tatkala ayah pulang dari kerja. Mandi pun mahu si ayah yang mandikan. Susu pun minta si ayah yang buat.

Anak-anak. Zaman kecil memang amat comel dan membahagiakan.

No comments:

Post a Comment