Pagi ini saya mengemas bilik. Mengemas atas almari yang bersepah dengan barang. Kemudian mengangkat tilam dan memvakum bilik. Cuma tidak mengemop sahaja. Kemudian menyidai pakaian.
Kedengaran seperti sedikit kerja tapi itupun sudah buat saya keletihan. Benar saya letih hinggakan terasa seperti ingin pitam. Bernafas seperti tidak cukup. Saya agak risau. Kebelakangan ini saya cepat betul keletihan. Buat kerja sedikit dah kena berehat dahulu sebelum menyambung kerja yang lain.
Mungkin pagi ini saya makan sedikit berbanding kerja yang perlu dibuat. Tenaga tidak mencukupi. Mungkin saya cuma perlu makan lebih banyak. Mungkin.
No comments:
Post a Comment