Hari ini buat pertama kalinya saya terlepas sahur. Mujur juga hanya saya seorang. Suami tiada kerana bekerja. Kalau tidak kasihan juga dia kena berkerja tanpa bersahur.
Sebenarnya saya sudah terjaga bila 'alarm' saya berbunyi. Tetapi saya pun tidak sedar yang sejurus mematikan 'alarm' tersebut saya menyambung tidur. Tahu-tahu bila terjaga Subuh sudahpun menghampiri penghujung.
Maka berpuasa la saya hari ini tanpa bersahur. Tidaklah seteruk mana sebenarnya. Saya masih berdaya. Cuma saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu letih. Yang membimbangkan saya adalah si kecik yang di dalam perut. Sepanjang hari perut saya sakit. Si kecik pun tidak berhenti2 menendang dan bergerak. Sekali sekala saya rasa sakit menyucuk-nyucuk, seperti dicubit dari dalam. Alahai.. kelaparan agaknya si kecil ini di dalam perut. Serba salah juga saya. Doktor ada berpesan, kalau tidak berdaya tidak perlu berpuasa. Kasihan si kecil yang kelaparan. Tapi kerana merasa masih berdaya saya teruskan berpuasa. Sambil memujuk-mujuk kesayangan saya ini supaya bertahan. Maaf ye sayang emak. Emak tahu sayang emak kuat kan di dalam.
Alhamdulillah telah selamat berbuka. Bersungguh saya menambah nasi sebagai ganti perut yang kosong sepanjang hari. Semoga si kecil saya baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment