Sepi lagi.
Bukan kerana tidak sudi, bukan kerana tiada yang ingin diluah tapi sungguh saya tidak punya kesempatan untuk menulis lagi.
Semenjak laptop yang satu itu rosak, saya semakin jauh dari dunia internet ini. Saya sudah tidak mengemaskini apa-apa lagi. Sekadar singgah menjengah tanpa dapat menulis apa-apa.
Terkadang saya rindu untuk berbicara, meluahkan rasa. Tapi selalunya luahan rasa itu hanya mampu saya telan sendiri, terbuku di hati.
Hari ini juga hati saya sebal, kecewa dan entah apa. Terasa seperti saya tidak dikisah. Mentang-mentanglah.............
Entahlah. Mungkin sekadar emosi yang tidak stabil. Mungkin juga kerana saya yang terlalu berharap. Atau mungkin juga saya yang mengada-ngada. Saya sudah letih memikirkannya hinggakan saya hanya boleh menyalahkan diri saya. Biarlah. Selagi saya mampu berdiri, maknanya saya mampu.
No comments:
Post a Comment